Dropship Part 2…

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia…

Entri kali ini adalah rentetan daripada entri sebelum ni iaitu pasal dropship. Straight to the point, first sekali, nak cerita apa itu dropship?

Menurut Kamus Dewan, Dropship ialah satu sistem perniagaan yang mana, penjual @ reseller @ agen tidak perlu menyimpan stok barang yang nak dijual, packing barang, pos barang dan juga tidak perlu mengeluarkan modal untuk membeli barang yang nak dijual. Semua urusan menyediakan stok, pembungkusan dan penghantaran semuanya diuruskan oleh pembekal (supplier).

Bagaimana ianya berlaku. Ilustrasi di bawah ni menerangkan seraca ringkas mengenai sistem dropship ini.

dropshipping

Ni illustrasi english version pula. Mana tau lebih paham cakap omputeh.

dropship 4

Watak-watak dalam sistem dropship ini adalah terdiri daripada;

  • Pembekal (Supplier) – Yang menyediakan dan membekalkan barang/produk.
  • Penjual/ Reseller/ Agent – Tugasnya mengiklankan produk iaitu promosi, promosi, promosi…
  • Pembeli (Customer) – Para pelanggan yang memesan produk.

Prosesnya adalah bermula daripada seseorang individu yang ingin menjadi agen kepada produk tertentu si pembekal…contohnya….

Alkisah.., Cik Siti nak menjadi agen kepada Company Fareeda yang membekalkan tudung. Company Fareeda bersetuju mengambil Cik Siti sebagai egennya dengan mengenakan yuran keahlian RM100 (ada juga yang FREE, bergantung kepada pembekal.) Dengan membayar yuran keahlian, Cik Siti layak untuk mendapat harga ahli daripada pembekal.

Cik Siti ni pun promote la produk-produk tudung Fareeda tu kat Facebook dia, blog dia, Tweeter, Instagram dan lain-lain medium pengiklanan. Cik Siti ni berhak untuk meletakkan berapakah harga untuk sesuatu produk itu (suka hati dia nak letak harga berapa, yang pastinya harga yang dia letak tu mesti lebih mahal dari harga ahli yang dia dapat, iyelah, nak dapat untung kan!, tak kan nak rugi pula!!!

Contohnya, harga ahli RM50, Cik Siti letak harga RM80. Jadi, keuntungan yang Cik Siti dapat RM80 – RM50 = RM30. Jika ada pembeli yang berminat, dia akan menghubungi Cik Siti dan melakukan proses pembayaran.

Seterusnya, Cik Siti menghantar maklumat pembeli kepada Company Fareeda dan terus membuat bayaran dengan harga ahli iaitu RM50. Company Fareeda menerima dan memproses maklumat pembeli itu. Lastly, Company Fareeda mengepos barang yang pembeli order tadi dan pembeli pun happy dapat barang yang diorder

Hmm…begitulah alkisahnya…

Anda ada pengalaman sebagai agen dropship untuk dikongsikan? Anda boleh kongsikan diruangan komen. Aku??? hmm… lom terbuka hati lagi nak jadi agen…nak tau cerita-cerita dari korang dulu, mana tau dapat membakar semangat aku…hehe…

Okay, that’s it! Enjoy!!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s