Gunakan kad kredit secara bijak…

credit card

Entry kali ini membincangkan berkenaan kad kredit. Sebelum tu, korang tahu tak apa maksud kad kredit? Kad kredit tu sejenis kad la kan…hehe…20130925-230218.jpg

Agak-agak korang la, kad kredit itu satu keperluan ke tak? Bagi aku kad kredit ni tak ada la perlu sangat, sebab di zaman ini dah ada kaedah alternatif untuk membuat bayaran secara online iaitu menggunakan internet banking seperti Maybank2u, CIMB Clicks, PBebank dan lain-lain.

Selain itu, kita juga boleh membuat bayaran dengan menggunakan kad ATM yang kebanyakkannya dah ditransform menjadi kad ATM + kad debit. Dengan adanya kemudahan alternatif selain kad kredit ni, kita mudah je nak beli barang secara online (lelong ke, groupon ke) ataupun nak beli tiket flight ataupun nak beli tiket wayang. Bergantung pada akaun kita je, samada ada duit ataupun tak dalam akaun tu.

Aku adalah pengguna kad kredit.

Jadi kalau kad kredit tu tak perlu, kenapa aku still nak gunakan juga? Nafsu membeli yang tinggi ke? Ha ha…? Kenapa? Kenapa? Okay, pada aku, kad kredit ni selain sebagai kemudahan, ianya juga sebagai hadiah. Kenapa hadiah pula kan? Iyelah dengan kad kredit kita boleh kumpul point, dan bila dah ada banyak point, kita boleh tebus barang. Ha, bukankah ianya macam hadiah? Bank bagi kita kad kredit untuk tukarkannya menjadi hadiah!!! Hehe… Ini cuma pendapat peribadi aku lah. Cuma kita kenalah bijak dalam ‘mengendalikan’ kad kredit kita.

Okay, kalau menurut AKPK, kad kredit ni memang berguna dan berfaedah kalau kita tahu cara menggunakannya.

Faedahnya termasuklah;

  • Kaedah pembayaran yang mudah dan cekap. Mudah sebab just key in nombor je,.. tak ke cekap tu!
  • Boleh menggunakan penyata bulanan yang dihantar untuk menjejaki perbelanjaan
  • Ada kad kredit menyediakan perlindungan kemalangan peribadi dan insurans perjalanan secara percuma, bergantung kepada jenis kad yang ditawarkan.
  • Ada pengeluar kad kredit memperkenalkan skim menarik seperti skim bayaran ansuran tanpa faedah (O% Zero Interest), skim bayaran fleksibel dan pindahan baki pada kadar kosong (0) peratus untuk membolehkan kita memaksimumkan pembelian.
  • Kita boleh memperolehi mata ganjaran kalau menggunakan kad kredit yang biasanya tidak dapat dinikmati apabila bayaran dibuat secara tunai. (Hadiah ni, okay!)
  • Boleh memanfaatkan kadar faedah melalui struktur harga berperingkat berdasarkan rekod pembayaran bulanan yang baik

Bagi aku sebagai pengguna tegar kad kredit ni, ambil yang positif dan baik je, mudah aje permainannya, Cara aku, aku berbelanja barang-barang keperluan guna kad kredit, contohnya beli petrol, barang kat pasaraya (shampoo, sabun, gula dan lain-lain barang-barang keperluan) dan tiket flight.

Semua tu kan barang keperluan, jadi sepatutnya, barang-barang ni memang dah ada sebahagian budget untuk itu. Jadi sebelum dikenakan caj bayaran lewat, aku settle semua hutang-hutang tu guna budget yang sedia ada, biasanya tempoh dikenakan caj bayaran lewat adalah 20 hari. Terima gaji, hujung bulan dalam 25hb, jadi aku berbelanja pada 5hb ke atas. Kesimpulannya, bayar lah hutang kad kredit sebelum kena caj bayaran lewat.

Kalau la nak lebih cepat dan banyak dapat point, offerkan diri untuk tolong member-member shoppingkan barang diorang. Tapi pastikan barang diorang tu boleh dibayar guna kad kredit.  Dan pastikan diorang dah bagi duit dulu (atau bayar kemudian, terpulang lah pada korang),..yelah risau juga member korang tak bayar…

Tak payah fikir banyak-banyak, shopping-shopping barang keperluan yang dah ada budget, then langsaikan semua hutang within 20 daysPoint bertambah dan bertambah, time treat fair, aku redeem point… hehe.. that’s it, settle!!

Advertisements

2 thoughts on “Gunakan kad kredit secara bijak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s