Tragedi Oktober d’ Imigresen…

Tarikh: 19 Oktober 2013

KRONOLOGI

10:00am

  • Sampai di Kaunter Nombor, menyatakan (MAAF NOMBOR GILIRAN HABIS)
  • Waktu operasi 8:30am – 10:00pm, seawal pagi pukul 10:00, nombor dah habis, tuuuuuuu diaaaaaa!!!!!

 10:30am

  • Bertolak ke Putrajaya (cuba nasib di sana)

 11:50am

  • Tiba di kaunter menyatakan (MAAF NOMBOR GILIRAN HABIS)
  • Waktu operasi 8:30am – 01:00pm
  • Memang patutlah nombor habis, yang menunggunya sangat ramai, kalau dia tak block nombor giliran, pukul 01:00pm tak tutup la jawapnya.

~~sabar, okay, faham~~~

  • Terbaca di papan kenyataan berkenaan UTC Sentul Waktu Operasi 8:30am – 10:00pm (baru tahu wujudnya satu lagi UTC yang buka sampai malam.)

 12:10pm

  • Bertolak ke UTC Mini, Sentul
  • Agak susah cari dan banyak kali tersesat

 01:02pm

  • DAPAT NO GILIRAN (setelah BERATUR PANJANG)
  • NO GILIRAN 1443 (Nombor sekarang 1128)
  • Beza 315 ORANG YANG MENUNGGU (first time in my life, queue ramai macam ni)

~~Sabar, orang lain pun menunggu juga, tiba giliran dapatlah passport ~~sabar~~sabar~~

20131020-005443.jpg

 01:16pm

  • No giliran sekarang 1131
  • Lambatnya nombor bergerak

~~sabar~~sabar~~

 01:42pm

  • No giliran sekarang 1136
  • Memang sangat lambat

~~sabar~~sabar~~

 04:20pm

  • No giliran sekarang 1230

~~sabar~~sabar~~

 06:20pm

  • No giliran sekarang 1285

~~sabar~~sabar~~

08:26pm

  • No giliran sekarang 1382
  • Tiba-tiba no bergerak dengan lajunya, next, next
  • Agaknya ramai orang yang tak tahan tunggu, mungkin dah balik rumah.
  • Saya masih~~sabar~~sabar~~

 09:00pm

  • Tiba nombor giliran saya
  • Datang dekat kaunter dan serah segala dokumen yang diperlukan
  • Kakitangan yang bertugas bertanya

 “Asal sabah?”

 “Ya”

 “Mak ayah orang Sabah?”

 “Ya”

 “Cik, orang yang bagi nombor ni dah terlepas pandang ni, kalau orang Sabah, proses buat passport di Semenanjung hanya boleh dilakukan di Pejabat Imigresen Cawangan Jalan Duta sahaja dan proses mengambil masa dalam 5 hari bekerja.

 “Jadi, maksudnya, tak boleh buat kat sini la”

 “Iya betul cik, minta maaf banyak-banyak”

9 HOURS LONG, WAIT FOR NOTHING!!!. (No, it’s not 9 HOURS, BUT actually THE WHOLE DAY, HUH!)

***Owh, aku yang sangat malang…, aku yang banyak dosa ni…

Rasa nak tujukan lagu “aku yang berdosa, by Shahir” kepada diri sendiri…hoho…

Baik, saya boleh terima ini adalah dugaan untuk saya. TETAPI, kepada Jabatan Imigresen umumnya, kekurangan TETAP kena perbaiki.

Dengan itu, saya telah menghantar aduan dan cadangan kepada Jabatan ni, kat ruangan borang maklum balas…

Screenshot borang aduan tragedi oktober imigresen

Antara cadangan saya…

1)   Sila LATIH kakitangan anda (khasnya di Kaunter Nombor Giliran) untuk MENYARING segala dokumen yang perlu dan kriteria-kriteria yang perlu ada sebelum membuat passport.

CONTOHNYA, orang Sabah yang pertama kali buat Passport, HANYA BOLEH BUAT PASSPORT DI PEJABAT IMIGRESEN CAWANGAN JALAN DUTA!!!.

2)   Kakitangan yang bertugas, sila kemaskini selalu laman web Imigresen. Di laman web inilah tempat yang menjadi rujukan rakyat, sepatutnya ia menjadi saluran penyampai maklumat yang tepat, cepat dan berkesan. JANGAN MENGELUARKAN KENYATAAN YANG BERCANGGAH!!!.

CONTOHPassport malaysia antarabangsa

Sepatutnya ayat tersebut diubah begini…

Pemohon warganegara Malaysia Sabah dan Sarawak yang mohon kali pertama hendaklah berurusan di Pejabat Imigresen, CAWANGAN JALAN DUTA, Semenanjung Malaysia.

SAYA SANGAT KECEWA DENGAN KAKITANGAN IMIGRESEN YANG MAKAN GAJI BUTA (MAKAN GAJI BUTA = MAKAN DUIT HARAM!!! YAKSSSS! KEJI SUNGGUH!).

P/s…Kakitangan Imigresen yang terlibat, tolonglah hentikan semua ini, please…jangan menganiaya orang.

Okay, sekian laporan saya untuk hari ini.

That’s it!

Advertisements

9 thoughts on “Tragedi Oktober d’ Imigresen…

  1. sedih cerita ni kan…harap pihak imigresen dapat buat penambahbaikan dan elakkan perkara macam ni berlaku. Kesian Hawa tau…

    Like

  2. Saya pun da terkena..pegi utc KL sampai jam 9 dpt nombor giliran 1075 nombor giliran masa tu 1001..kena tunggu sampai jam 12.30 baru smpai turn bila smpai turn pegawai ckp buat pertama kali tuk orgg sabah salah satu tmpt kna wat d putrajaya..cuba nasib pegi putrajaya plak mcm2x plak mintanya..nak surat lahir plak..urusan sangat rumit..hari ni betul2x west time..rasa mcm nak makan jak dorang ni..apa yg susah sangat pun x tau la..sabah n serawak tu kan malaysia knapa sampai susahhhh mcm tu sekali..klu kna tunggu sehari ok la jgk ini kene tunggu 5 hari waktu bekerja..klu buat jumaat jumaat depan baru boleh dpt itu blum confirm lgi kot rasanya..klu kena plak cari x dpt nak scan masalah lain plak lgi yg dtgg..tension10x

    Like

  3. Sama la nasib kita. Macam bodoh ja rasa. Buang masa dan tenaga. Rasa macam dianaktirikan. UTC untuk org sini ja ka? Kita pun bayar cukai jugak.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s