Rukun Islam yang Ke 4…

kutipan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua pembaca…

Dihari yang mulia ini, saya ingin memberikan sedikit info berkenaan zakat. Sebagaimana yang kita semua umat Islam tahu, zakat itu adalah wajib. Ada tak umat Islam yang masih tak tahu? Ehem…ehem… at taubah ayat 103

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” – Surah At-Taubah (ayat 103)

an nur ayat 56

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat” – Surah An-Nur (ayat 56)

Dari ayat-ayat al-Quran di atas membuktikan bahawa amatlah jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui kefarduannya, maka ianya terkeluar dari agama Islam.

zakat

Mengapa di wajibkan zakat? Ya Rabbi, kan dah ada dalam nas al-Quran, wajib, maka wajiblah. Don’t argue, okay! Jadi, dipendekkan cerita, sebenarnya sebahagian daripada harta atau pendapatan kita tu, bukanlah hak kita. Kalau bukan hak kita, hak siapa ye? Siapakah yang layak mendapat hasil-hasil kutipan zakat? Mereka yang layak itu merupakan mereka yang tergolong dalam 8 asnaf (golongan).

at taubah ayat 60

“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”– Surah At-Taubah (ayat 60)

mustahiq zakat

8 Asnaf Penerima Zakat:

1.     Asnaf Fakir

Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain.

2.     Asnaf Miskin

Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungannya.

3.     Asnaf Amil

Orang yang dilantik / ditauliahkan oleh Sultan atau Naibnya untuk penyelenggaraan hal-hal zakat.

4.     Asnaf Muallaf

Orang yang baru memeluk Islam iaitu “orang yang dijinakkan hatinya” dengan diberi bantuan supaya mereka teguh mencintai Islam.

5.     Asnaf Riqab

Iaitu hamba mukatab yang ingin memerdekakan dirinya.

6.     Asnaf Gharimin

Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:

  • Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
  • Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak
  • Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.

7.     Asnaf Fisabilillah

Fisabililah ialah tiap-tiap perbuatan / perkara yang menjurus kepada keperluan dan masalah untuk menegakkan syiar Islam.

8.     Asnaf Ibnu Sabil

Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat:

  • Ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya.
  • Pengembaraan diharuskan oleh syarak.

Sumber: http://www.e-zakat.com.my/info-agihan/asnaf-zakat/

Untuk mendapatkan info lebih boleh layari laman web ini

http://www.e-zakat.com.my/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s