Wind Screen Pecah…

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Hari ini saya menemani member yang nak tukar windscreen a.k.a cermin depan kereta dia yang pecah, tapi tak la berderai sebab dah tinted. Bayangkan kalau cermin yang tak tinted? Huh! Kaca yang berderai dan berterabur di dalam kereta, di atas tempat duduk kereta…kelihatan seperti bintang-bintang bertaburan di langit! Kalau indah tak apa lah! Ni sakit kepala lagi ada! Inilah antara kepentingan tinted cermin di setiap kereta!!!

Okay, nak cerita sikit sebab apa wind screen ni pecah… Hari kejadian 9/11/2013 (Sabtu), tempat kejadian kat tempat parking area rumah (apartment), somewhere in Shah Alam. Sebenarnya tak tau la sebab apa pecah, member tu kata dia turun nak pegi kerja, tengok dah pecah. Tak tau la pecah tu sebab ada orang nak buat dajjal ataupun tak sengaja. Tapi ianya memang menyakitkan mata, hati, hempedu, kepala dan aaah…semua la sakit. Kesian kat member tu.

So, hari ini (Ahad) baru nak pegi tukar cermin kereta yang dah pecah tu, sebab semalam tak sempat. Mula-mula round-round area Bandar Sri Permaisuri, pegi la tanya orang kat salah satu bengkel kat Bandar Sri Permaisuri tu, menurut kata orang tu, kedai windscreen ada tapi hari Ahad tak buka, huh! jawapannnya yang sangat ringkas dan padat tetapi mengecewakan!

Okay, so kitorang pun survey la kat tempat lain pula, pegi area Pandah Indah. Then kitorang pun terjumpa la kedai ini…

Untitled-2

Sebaik aje sampai kat kedai ni, kitorang deal harga dulu, tanya dia berapa RM dan berapa lama kena tunggu. Mulanya dia bagi harga RM380 untuk kereta Produa Viva. Minta kurang lagi, then dia bagi harga RM360. Kitorng tanya lagi kalau nak tinted pula, kebetulan masa tu ada stok windscreen Viva yang dah tinted so total up RM470 (cermin+tinted). Masa tu pekerja-pekerja dia dah buat kerja (kerja mengeluarkan cermin yang dah pecah tu). 2 biji cermin dah disediakan, 1 yang belum tinted, 1 yang dah tinted. Fikir punya fikir, beli aje la yang dah tinted, sebab tadi kan dah mention betapa pentingnya tinted cermin kereta, lupa ke? Kui kui…

Okay, nak komen dari segi servis kedai ni, saya bagi rating 4.5/5. Sebab dia janjikan siap dalam 1 Jam, tapi dalam 1/2 Jam je tunggu, dah siap. Workmanship (hasil kerja) pun boleh tahan juga sebab dia buat kemas. Sebenarnya sebelum ni saya tak ada pengalaman tukar-tukar cermin kereta ni, tapi bagi newbie, saya rasa amat berpuas hati dengan servis dan workmanship kedai ini.

IMG_2203
Kereta Viva bersama windsreen yang dah pecah itu…

Lagi satu perkara yang bagusnya pasal kedai ni, selain daripada weekend (Sabtu & Ahad) buka, Public Holiday pun buka juga!!! Huh, memang TERBAIK!!!

Okay, that’s it for today!!!

Advertisements

6 thoughts on “Wind Screen Pecah…

  1. Kedai AONE ni actually dekat Setapak. Nearby Klinik Kesihatan Setapak. Baru tukar cermin belakang yg pecah. Good service by.Mr.Chai and crews. Thank u for info.😅

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s