Nak jadi Sleeping Beauty???

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Setelah sekian lama tak ada post, hari ni, saya nak tanya semua pembaca, siapa nak jadi si Sleeping Beauty?

Huhu…Sebenarnya Sleeping Beauty yang saya maksudkan ni merujuk kepada produk kecantikan iaitu Skincerity. Produk ni cuma masker je, macam bedak sejuk la katakan. At my office, kecoh pasal produk ni. Bagus, hebat, berkesan dan macam-macam lagi respons yang positif pasal produk ni. Tengok member-member yang dah guna, memang nampak perubahan pada kulit diorang. Tapi setakat ni, member-member yang guna tu kulit diorang bukan jenis yang berjerawat macam kulit muka saya ni, diorang tu bermasalah jeragat je. Dah sebulan diorang guna produk ni, dan memang saya sendiri nampak perubahan pada kulit muka diorang. Jeragat dah berkurangan, ada juga yang letak kat jerawat, katanya, sapu produk tu semalaman (jadi Sleeping Beauty), esok pagi jerawat dah kecut.

Image

My team mate (rakan sekerja) saya ni tak habis-habis promote suruh saya beli dan guna. Bukannya saya tak nak support dia, cuma saya ni berkulit sensitif, tak berani la nak guna sembarangan produk. Saya tengah survey-survey juga pasal produk ni. Hasil dari survey, produk ni macam bagus je. Number 1 dalam laman web ini http://www.thetoptens.com/ untuk kategori skin care product. Ada hati juga nak try, tapi…yang menjadi penghalang, dek harganya yang… huh! Average harga, more than RM200. Quantity 30ml, lebih kurang penggunaan 1 bulan. Kalau korang yang ada kulit bermasalah, ada berani ke nak try produk ni?

Nak dapat harga yang murah sikit kena jadi agent. Huhu…Tengah mempertimbangkan….

Video kat bawah ni, info tambahan pasal produk Skincerity ni…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s