Antivenom, apakah itu?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia…

Sempena saya kerja overtime semalam kat hospital ni, ada satu ilmu yang menarik ingin saya kongsikan kepada semua pembaca iaitu berkenaan Antivenom. Bagi yang in medical line stream, mesti tahu. Saya excited nak cerita pada yang tak tau je, okay!

Sebelum itu saya nak kongsi dulu satu cerita berkenaan ular. Kejadian ni berlaku semalam, waktu kejadian lebih kurang 1 pagi. Ada seorang patient datang ke bahagian A&E (Accident and Emergency) a.k.a Kecemasan. Patient ni perlukan rawatan (bukan datang nak melawat ye!), katanya dia dipatuk ular… Pesakit tu adalah wanita, berumur lebih kurang awal 30-an. Orangnya kecik molek aje, saiz macam Lisa Surihani la kot.

Sebab dia seorang aje, tiba-tiba farmasi menjadi kelam-kabut. Okay kalau dia adalah patient, sepatutnya itu kerja doktor dan konco-konconya iaitu staff nurse punya pasal la kan sebab kerja doktor kan merawat pesakit… Jadi, yang farmasi ni nak sibuk kenapa pula???

Mozambique-Spitting-Cobra_shutterstock_97045964
Ini ular yang pandai menyembur, kena mato buleh buto!

Kalau ada kes dipatuk ular, farmasi WAJIB sibuk okay! Sebabnya farmasi la destinasi pertama yang dicari jika ada kejadian seperti ini. Iyela, farmasikan penyimpan mohor besar ubat-ubat Antivenom. Jadi, seperti biasa kitorang pun bekalkan ajelah ubat yang dah diindent (prescribe) oleh doktor. Tapi lepas dah bekalkan tu, farmasi masih kecoh lagi!!! Ape lagi la yang nak kecoh-kecoh farmasi ni? Doktor asyik call, call dan terus call. Tak fokus nak dispen ubat tau! Sebenarnya kitorang di bahagian farmasi ni memang malas nak kecoh, tetapi terpaksa kecoh sebab ubat yang dah dibekalkan tu, doktor kata tak cukup, dia nak lagi!!! Kata doktor tu, dia nak prepare lebih untuk patient tu, huh! Baki stok yang tinggal 3 pun masih tak cukup katanya. Itula yang menyebabkan farmasi kelam kabut, mana nak cari antivenom pukul 1 pagi??? Kena tangkap 1 ular dan extract bisanya, diproses dan dijadikan antivenom???

Sebenarnya, untuk pengetahuan semua pembaca yang budiman, patient wanita tersebut telah datang bersama ular yang dikatakan telah mematuknya!!! Dan ular itu dah terkulai layu sebab dah dibelasah oleh wanita terbabit (dah arwah da ular tu). Adalah sangat gagah dan perkasa wanita tersebut sebab dah dipatuk ular pun boleh lagi, ha boleh lagi la pukul ular walaupun orangnya kecil molek je! Kagum saya dengan wanita tu, saya mungkin tak seberani dia sebab dia yang sebenarnya telah berhadapan dengan seekor Ular Tedung (Cobra). Huh, what a brave woman!!! 

Okay, cukup setakat itu cerita saya. Saya nak tanya la pembaca yang budiman… Agak susah soalan ini, bunyinya, Antivenom terhasil daripada apa? Hehe… Saya dah cerita dah tadi, tapi tak ambil perhatian pun adui!

Ini la kot rupa Cobra tu sebelum dia terkulai layu.
Ini la kot rupa Cobra tu sebelum dia terkulai layu.

Menurut Kamus Dewan edisi Bahawa Melayu, Antivenom merupakan serum antitoksin yang boleh meneutralkan bisa. Ia dihasilkan dengan mengeluarkan racun daripada binatang yang berbisa contohnya ular, kemudiannya dicairkan dan disuntik kepada binatang seperti kuda (kena cairkan, kalau pekat nanti kiok (mati) pula kuda tu nanti). Kuda ujikaji tersebut akan mengalami proses tindakbalas imunisasi (ketahanan), dan seterusnya menghasilkan antibodi melawan racun tersebut. Seterusnya darah kuda ujikaji tu, diambil dan dijadikan Antivenom. Jadi, Antivenom terhasil daripada haiwan berbisa daripada spesies haiwan itu sendiri, ataupun dengan kata yang lebih mudah, penawar bisa ular itu adalah datang daripada spesies ular itu sendiri. Kenapa kuda jadi mangsa dalam hal ni!!!? Sebabnya kuda kan kuat, orang selalu kaitkan orang yang kuat ada ‘kuasa kuda’, kan kan? Hehe…

Antivenom Cobra yang terdapat di Hospital UKM
Antivenom Cobra yang terdapat di Hospital UKM (Made in India, kat India kan banyak Cobra, siap menari-nari lagi)

Okay, semua dah faham pasal Antivenom?…….

Bagus.

Okay, sekarang nak sambung cerita pasal wanita gagah tadi, iyelah hidup lagi ke tak manusia tu? Tadi stop sampai kat farmasi yang kena cari antivenom tambahan kan? Okay, oleh kerana staff yang bekerja pada waktu malam 12 tengah malam sehingga 8 pagi cuma 2 orang, maka khidmat Pegawai Farmasi on-call diperlukan. Dah call dan cerita semua, Pegawai Farmasi on-call tu telefon la hospital yang terdapat di sana sini yang berhampiran, biasanya first choice call HKL (Hospital Kuala Lumpur) dulu, sebab HKL ni hospital besar dan menjadi tumpuan.

Okay, dipendekkan cerita, kat HKL tu memang ada Antivenom tu, diorang boleh bagi pinjam. Tapi yang jadi masalahnya kepada kitorang yang hanya sebagai pembantu cabuk ni (ngee…nasib baik member aku tak tahu kewujudan blog ni…shhhh!), Pegawai Farmasi yang hebat sangat tu suruh kitorang pula yang collect ubat tu, tak tahu ke, yang kitorang ni keje berdua, bila ada patient nak ambil ubat, seorang nak kena proses prescription dan filling ubat dan sorang lagi kena dispens ubat. Kalau dah tinggal seorang, dibuatnya pula seorang tu dah mamai-mamai sebab mengantuk, kalau la salah bagi ubat kat patient macamana? Siapa nak tanggung?

Hmm…lepas tu Pegawai Farmasi dah tak call dah selepas dia dah give up mencuba berkali-kali mengarahkan kitorang pegi collect, tapi kitorang pun dah explain berkali-kali bahawa kitorang pun ada masalah BESAR bila tinggal seorang (agak pelik juga pegawai yang on-call tu, dah on-call kan, so sepatutnya dia yang kena pegi, on-call bukannya kena jawap talipon je, on-call tu standby, apa-apa yang berlaku dekat farmasi dia kena ready untuk datang hayya!. Mungkin dia berbincang dengan PRP (Provisional Registered Pharmacist) a.k.a Pegawai Farmasi Pelatih siapa yang kena pegi HKL tu. Dah senyap, keesokkan harinya kitorang pun tanya la apa kesudahan cerita patient wanita kena patuk ular tu, lastly kesimpulan cerita daripada salah seorang Pegawai Farmasi yang dah tahu, (sebab Pegawai akan bercerita dengan Pegawai, okay) Antivenom tu tak diberi pun pada patient tu, Antivenom yang dah dibekalkan tu dah dipulangkan balik, sebabnya patient tu stabil, dan menurut doktor Cobra tersebut dah tak ada bisa??? Hmm…bengang je kitorang!!!!

Dah habis!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s