Apa itu Unit Amanah Part 2

APA ITU UNIT AMANAH/UNIT TRUST?

Dalam bahasa Malaysia ianya dipanggil “amanah saham” tetapi lebih popular dengan gelaran “unit amanah” pada masa kini. Dalam bahasa Inggeris pula dipanggil unit trust ataupun mutual fund untuk sesetengah negara.

Dari segi definisi menurut Persekutuan Pengurus Unit Amanah Malaysia atau lebih dikenali sebagai Federation of Malaysian Unit Trust Managers (FMUTM), Skim unit amanah atau UTS merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka dan kemudian wang tersebut dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh profesional pelaburan.

Dalam bahasa mudahnya, pelabur akan laburkan wang mereka di bawah dana yang dipilih oleh mereka sendiri untuk tujuan yang sama iaitu untuk mendapatkan hasil pulangan daripada wang yang mereka laburkan itu. Wang yang mereka laburkan di dalam dana-dana terpilih itu pula akan diuruskan oleh orang-orang yang mahir dalam bidang pelaburan di bawah kelolaan Syarikat Pengurusan Unit Amanah atau dikenali dengan Unit Trust Management Company (UTMC).

KENAPA UNIT AMANAH DIKATAKAN PELABURAN SECARA KOLEKTIF?

“Skim pelaburan kolektif” adalah istilah umum yang merangkumi pelbagai jenis peluang pelaburan terkumpul yang tersedia untuk pelabur. Dalam skim pelaburan kolektif, sebilangan pelabur menyerahkan simpanan mereka kepada pengurus tabung profesional yang mengurus tabung kutipan untuk menghasilkan pulangan yang dapat dikongsi bersama oleh pelabur tersebut. Skim Unit Amanah (SUA) adalah satu jenis skim pelaburan kolektif.Kalau masih tak faham, saya guna bahasa kasar sahaja. Secara mudahnya, kita ramai-ramai masukkan duit kita dalam satu dana yang diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana yang dipanggil UTMC (rujuk atas untuk istilah penuh).

UTMC ini pula akan laburkan duit kita dalam pelbagai portfolio yang diluluskan seperti sekuriti, bond ataupun aset-aset lain dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia atau pasaran ekuiti di luar negara. UTMC ini mestilah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission – SC) dan terikat dengan beberapa akta perundangan. Selain daripada SC, beberapa pihak lain juga terlibat dalam mengawal-selia industri skim unit trust ini demi menjaga kepentingan pelabur-pelabur, antaranya ialah Pemegang Amanah (Trustees), Juruaudit (Auditors), FMUTM dan Kementerian Kewangan. Jadi jangan risau ke mana wang kita tu “berjalan”. Dijamin selamat.

Dalam skim unit trust, pelabur-pelabur tidak membeli sekuriti/stocks secara direct dalam portfolio. Pemilikan dana (portfolio) akan dibahagikan kepada unit dan pelabur-pelabur dikenali sebagai ‘pemegang unit’ (unit-holders).Pelabur-pelabur bukannya pemegang saham dalam sesuatu syarikat yang dilaburkan, sebaliknya merupakan benefisiari di bawah amanah yang diwujudkan oleh UTMC. Mengikut perlembagaan atau ‘surat ikatan’ (the deed) skim unit trust, mesti terdapat pemegang amanah (trustee) untuk menjaga kepentingan pelabur. Trustee adalah pemilik sah ke atas semua aset dalam skim unit trust bagi pihak pemegang unit.

MENGAPA PERLU MELABUR DALAM UNIT AMANAH?

Setiap pelaburan semestinya mempunyai risiko yang tertentu, tetapi bergantung kepada jenis pelaburan dan tahap risikonya. Semakin tinggi risiko semakin tinggilah pulangannya. Tetapi itu bagi pelabur yang rajin dan mempunyai masa untuk menganalisis setiap stok yang ingin dilaburkan. Itu adalah cerita tentang saham-saham yang tersenarai di Bursa Malaysia bukannya tentang unit amanah. Ia berlainan sekali.Nilai atau harga satu unit dalam skim unit trust dikenali sebagai “Nilai Aset Bersih” atau “Net Asset Value – NAV” per share.

Satu unit dalam skim unit trust merupakan ‘bahagian’ berkadar daripada jumlah perlaburan yang terkumpul. Jadi, apabila nilai pelaburan dalam portfolio skim unit trust meningkat atau menurun, maka NAV juga akan turut meningkat atau menurun. Dalam beberapa skim yang ditaja oleh kerajaan (contohnya ASB) dimana portfolio tak tertakluk kepada perubahan nilai, NAV ditetapkan pada RM1.00. Tak seperti dalam stocks, dimana harga boleh berubah-ubah pada setiap kali urus-niaga, NAV bagi sesuatu unit trust fund hanya dikira pada setiap penutup hari urus-niaga. Jadi NAV sesuatu fund akan disebut-harga dan disiarkan di suratkhabar utama atau halaman web UTMC berkenaan pada keesokan hari urus-niaga.

Skim unit trust memberi peluang pelaburan untuk pelabur-pelabur kecil mengakses dengan mudah pelbagai jenis pelaburan yang pada kebiasaannya sukar diakses. Bayangkan kalau kita nak invest secara langsung atau membeli stock dalam sesuatu syarikat ‘blue-chip’ yang besar seperti TNB, Telekom, Maxis dan sebagainya, berapa puluh ribu ringgit kita kena ada untuk membeli satu lot stock? itu belum kira kos broker saham dan lain-lain lagi. Tapi dengan skim unit trust, kita berpeluang melabur dalam stock ni. Bukan setakat satu syarikat malah dalam pelbagai syarikat. Inilah yg dipanggil kepelbagaian atau “diversification’ yang mana dapat mengurangkan risiko kalau melabur dalam satu portfolio sahaja.

Unit amanah juga boleh dianggap sebagai tempat simpanan wang kita untuk jangka masa sederhana atau panjang dengan memperolehi keuntungan tertentu. Terpulang kepada matlamat si pelabur. Jika mahukan sejumlah wang tertentu di akhir tempoh yang dijangkakan, sudah pastilah memerlukan sejumlah wang tertentu untuk dilaburkan bagi mencapai jumlah wang yang dimahukan.

Dan ia merupakan satu pilihan yang bagus untuk memulakan perancangan kewangan anda untuk masa akan datang. Jika mahu memupuk sikap menabung mestilah memerlukan matlamat tersendiri. Mustahil jika mahu menyimpan untuk suka-suka tanpa sebab tertentu. Masyarakat zaman kini sudah hilang nilai menabungnya. Wang lebihan yang ada sudah pasti akan “dilaburkan” kepada barang-barang berjenama atau gadjet-gadjet terbaru yang ada di pasaran. Tidak salah untuk membeli tetapi perlulah mengikut keperluan dan keadaan ekonomi diri.

Ciri-ciri umum pelaburan SUA

Melabur di dalam unit amanah sangat mudah dan menguntungkan. Nak tahu kenapa? Ini kerana SUA hanya boleh melabur di dalam sekuriti yang:

1)    Selaras dengan matlamat SUA: apa matlamatnya? sudah tentulah memastikan pelabur mendapat keuntungan daripada modal pelaburan mereka!

2)    Boleh dipindah milik: ya! pelabur boleh menamakan waris pada pelaburan mereka.

3)    Mempunyai sebut harga atau nilai yang sedia ada (tertakluk kepada nilai pasaran semasa)

4)    Diniagakan pada pasaran yang layak dan dikawal selia dengan sempurnanya (ambil perhatian bahawa sekuriti yang disenaraikan juga boleh diterima sebagai pelaburan SUA)

5)    Mempunyai bukti yang cukup tentang hak milik atau pemilikan (supaya boleh dipegang atas nama pemegang amanah)

Dari segi risiko, terdapat pelbagai tahap namun ia masih di paras yang melegakan dan menggembirakan para pelabur. Dengan risiko yang berpatutan dan boleh diterima umum, kebanyakan pulangan pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang (lebih 5 tahun) dalam skim unit amanah ini adalah lebih tinggi daripada pulangan akaun biasa dan akaun tetap serta jenis-jenis skim yang lain. Jadi mengapa perlu menunggu untuk mendapatkan pendapatan lebih hanya melalui skim unit amanah? 

Bak kata orang tua-tua menabung sikit-sikit, lama-lama jadi bukit…samalah seperti skim unit amanah ini, semakin cepat kita memulakan penabungan, semakin kukuhlah kewangan kita pada masa akan datang nanti.

Tips kewangan: Menabung SEKARANG adalah lebih baik daripada menabung NANTI. SEKARANG hanya memerlukan amaun yang sedikit secara berkala tetapi NANTI memerlukan amaun yang banyak untuk MENYAMAKAN jumlahnya dengan masa SEKARANG di masa akan datang. Jadi jalan yang mana anda mahu? SEKARANG atau NANTI?

Nota: Kebanyakan maklumat adalah diambil daripada nota “Urus Niaga Unit Amanah” yang dikeluarkan oleh FMUTM dan beberapa website berkaitan unit amanah.


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau berminat untuk memulakan pelaburan juga mahukan khidmat kaunseling tentang kewangan peribadi, bolehlah hubungi saya di talian 0162151090 atau tinggalkan mesej anda di alamat email hawahussin22@gmail.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s