Pengalaman bersama staff Maxis yang… Part 1

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia…

Entry kali ini nak cerita mengenai pengalaman bersama Maxis

Okay, sedikit background macamana saya terjebak dengan Maxis ni. Asalnya, nombor telefon saya ni daripada line postpaid Digi (016), ambik package RM88 per month, 2 tahun guna Digi, then tukar kepada Umobile (nombor 016 tu dikekalkan) sebab nak jimat, saya tukar kepada U28, secara kasarnya penggunaan RM35 sebulan. Jimat la kan RM88 – RM35 = RM53, so saya dapat jimat RM53 sebulan.

Pada suatu hari, saya berkeinginan nak tukar phone (iPhone 5s), so, carilah pakej-pakej yang menarik dari telco-telco yang ada kat Malaysia ni. Cari punya cari, compare punya compare, rasanya pakej Maxis yang menepati citarasa. Lagipun memang nak exit daripada wilayah Umobile, sebab dah tak tahan dengan kelembapan @ slow nak mampus internet dia ni, (murah memang murah, tapi internet kalau slow tahap sakit hati setiap hari…jadi fed up juga!) jadi nak try Maxis la pula. Image kat bawah pakej-pakej Maxis yang ditawarkan itu. So, saya pilih iValue 1, RM100 je sebulan, dapat 2Gb internet, 333 minit free call dan 1000 SMS. Sesuai la bagi saya yang medium user ni. Kat umah dah ada Unifi, download, streaming, update dan lain-lain lagi, boleh buat kat rumah je.

Screen Shot 2014-03-25 at 6.36.23 PM.png

Screen Shot 2014-03-25 at 6.36.34 PM.png
Sumber: http://new.maxis.com.my/content/maxis/en/personal/devices/all-phones/apple/iphone5S.html

Setelah hampir 2 tahun bersama Umobile, inilah masanya saya retired daripada pengguna Umobile dan seterusnya saya serah diri di Maxis The Gardens, Mid Valley.

Okay… bermulalah kisah aku dan Maxis…

Macam biasa nak dapat service kena beratur ambik nombor giliran dulu…

Dah tiba giliran, saya pun tanya la staff tu berkenaan iPhone. Dia tanya nak yang berapa Gig?

“16 Gig je..”

Simply dia kata, yang 16 Gig tak ada stok, ada 64 Gig je…

“Okay, tak apa saya nak proceed juga”

Then, dia suruh beratur pula dekat kaunter iPhone. Tiba giliran, saya tanya kat staff bahagian iPhone tu, nama dia Rex, orang cina.

“Iphone ada stok tak?”

Rex jawap, ada stok, kita ada 16, 32 dan 64 Gig, U nak yang berapa Gig?

“16 Gig”

Wow!!! Gumbiranya sebab 16 Gig ada stok!!!

(dalam hati, apa lah staff yang lagi seorang tu, tak update ke iPhone dah habis ke belum, senang-senang je kata tak ada stok 16 Gb, kalau saya ni jenis yang tak suka mencuba, mesti dah membawa balik perasaan hampa ke rumah)

Nak colour apa?

“Gold ada?”

Gold, silver, black semua ada…

“owh, saya nak yang gold”

Okay, proceed, proceed, proceed, bayar, dapat iPhone, masuk simkad dan setting apa semua yang patut (technician dia buat)…

kena tunggu dalam 2 jam untuk porting (Umobile ke Maxis). Tapi tak sampai 2 jam line Maxis tu dah aktif dah.

Dah selesai cerita…

Besh tak pengalaman saya?

Besssssshhhh sangat!!!

Hehe…

Ini part yang besh dan indah, next post nak cerita pasal the worst Maxis staff dekat The Gardens tu…

Okay, that’s it!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s