Buat pinjaman untuk beli emas?

“Memang minat beli, tapi cash takda…”

Ada beberapa cara.

Cara pertama yang mudah adalah menabung.
Ambil 10% dari gaji untuk tabungan bagi pembelian emas. Misalnya sebulan simpan dalam RM250, cukup untuk 3 bulan dah mampu untuk memiliki 1 dinar. Dalam tempoh setahun anda berjaya memiliki 4 dinar dengan nilai dalam RM3,000!!!

Cara kedua adalah membuat pinjaman.

Bank yang biasa dan senang untuk buat loan adalah Bank Islam atau Bank Rakyat (Bank pilihan anda!) Kenapa bank ini menjadi pilihan? Ini kerana kadar interest yang lebih rendah antara 2-4%. Bergantung pada promosi bank berkenaan.

Saya ambil kiraan yang mudah. Anda loan RM10,000.00, dan bagi tempoh pinjaman 3 tahun. Untuk tempoh 3 tahun tu, anda perlu bayar secara bulanan sebanyak RM297.47/bulan. Cukup untuk tempoh 3 tahun, total bayaran balik anda kepada banyak hanyalah RM10,708.92. (tambahan RM700++ yang diambil untung oleh Bank)

RM297.47 x 3 tahun x 12 bulan = RM10,708.92
Nilai 297.47 ni adalah 10% dari pekerja bergaji RM3,000.00

“Tapi gaji saya tak sampai RM3,000.00…”

Kebiasaan pekerja yang gaji tidak sampai RM3,000.00 adalah pekerja yang boleh mengambil Overtime berbayar. Oleh itu, tetapkan ambil Overtime sebanyak RM300.00 sebulan dan perkara ini boleh dicapai. Kalau tak dapat OT RM300.00 pun, buat OT dalam RM150 dan tambah 10% dari gaji RM150 untuk cukupkan RM300.00.

“So, apa untungnya dengan loan yang dipinjam RM10,000.00 dengan membeli emas? Di mana untungnya?”

Sebelum saya terangkan tentang untung di sini, beberapa perkara perlu diketahui.

Matawang USD1 = RM3.18 Untuk pengiraan bagi convert nilai emas di www.kitco.com kepada duit kita
Kiraan berat di www.kitco.com 1 ounce = 31.1 gram 1 ounce adalah kiraan yang diambil bagi nilai emas di www.kitco.com
Harga emas di www.kitco.com. Harga semasa pada (8/6/2012 jam 11.50am) USD1567.50/ounce = RM4984.65/ounce = RM160/g Nilai emas di www.kitco.com adalah harga bagi emas mentah. Bukan emas 999 atau 916.

Berdasarkan analisa emas, kenaikan emas adalah sebanyak 25% hingga 45% setahun. Mungkin nilai selamat adalah 27% setahun.

“Kenapa 27% kenaikan harga emas setahun?”

Saya nilai dari keratan akhbar Berita Harian ini.

Harga emas dijangka meningkat kepada RM503/gram pada tahun 2020

Jika dilihat, harga emas semasa adalah RM160/g. Pada tahun 2020, harga meningkat kepada RM503/g. So, perbezaan harga pada tahun 2020 dan tahun 2012 adalah seperti berikut:

RM503/g – RM160/g = RM343
RM343 / 8 tahun = RM42.88/tahun (ini adalah kenaikan emas yang dijangka naik setiap tahun.
Peratusan kenaikan adalah RM42.88/RM160 x 100% = 26.8% ~ 27%
Di sinilah nilai 27% kenaikan dikira…

Oleh itu, jika kita membeli emas dengan pinjaman tadi, sebanyak RM10,000.00, kiraan untung adalah seperti berikut:

Tahun Harga emas Harga selepas kenaikan 27% Catatan
2012-2013 RM10,000.00 RM 12,700.00 Baru tahun pertama dah dapat cover balik Interest bank tadi
2013-2014 RM12,700.00 RM16,129.00
2014-2015 RM16,129.00 RM20,483.83 Dah dapat sekali ganda dari nilai pinjaman
2015-2016 RM20,483.83 RM26,014.00
2016-2017 RM26,014.00 RM33,037.00
2017-2018 RM33,037.00 RM41,957.00
2018-2019 RM41,957.00 RM53,285.00
2019-2020 RM53,285.00 RM67,671.00 Masa ni dah dapat cover pengajian untuk 2-3 orang anak dah…

“Confirm ke harga naik sehingga 27% setahun?”

Jika anda tak yakin dengan kenaikan 27% setahun, saya cadangkan kenaikan dalam 15% setahun sahaja. Sudah memadai. Mari lihat analisa jika 15% setahun.

Tahun Harga emas Harga selepas kenaikan 15% Catatan
2012-2013 RM10,000.00 RM11,500.00 Baru tahun pertama dah dapat cover balik Interest bank tadi
2013-2014 RM11,500.00 RM13,225.00
2014-2015 RM13,225.00 RM15,208.75
2015-2016 RM15,208.75 RM17,490.06
2016-2017 RM17,490.06 RM20,113.57 Dah dapat sekali ganda dari nilai pinjaman
2017-2018 RM20,113.57 RM23,130.61
2018-2019 RM23,130.61 RM26,600.20
2019-2020 RM26,600.20 RM30,590.23 Masa ni dah dapat cover pengajian untuk seorang anak dah…

Tapi sebelum anda ambil nilai kenaikan 15% setahun, lihat analisa dibawah bagi 11 tahun harga emas (2002-2011)

Harga emas pada tahun 2002 USD300/ounce Anggaran harga pada masa itu adalah USD278/ounce
Harga emas pada tahun 2012 USD1560/ounce
Kenaikan harga emas 2002-2012 USD1260/ounce
Purata kenaikan bagi setiap tahun (2002-2012) USD1260 / 11 tahun = USD115
Peratusan kenaikan setiap tahun USD115/USD300 x 100% = 38% 38% kenaikan setiap tahun.

Jadi, anda boleh lihat sendiri dan tidak mustahil harga akan naik 27% setiap tahun.

Mari kita lihat keuntungan ASB pula…

Dividen antara 7% hingga 9% setahun. Nilainya makin turun.

Akhir kata dari artikel ni, boleh refer kepada harga emas dari tahun 2002 hingga 2011 (diambil dari http://kayzlegacy.blogspot.com/2012/02/rekod-harga-emas-dunia-selama-10-tahun.html)

2/1/2002 – USD 278.35
2/1/2003 – USD 343.80
1/1/2004 – USD 416.25
4/1/2005 – USD 427.75
3/1/2006 – USD 530.00
2/1/2007 – USD 639.75
2/1/2008 – USD 846.75
2/1/2009 – USD 874.50
4/1/2010 – USD 1121.50
4/1/2011 – USD 1388.50
3/1/2012 – USD 1598.00

Peratus kenaikan selama 10 tahun – 474%

Purata kenaikan tahunan – 47% setahun

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s