5 Faktor Kegagalan Dalam Bisnes Tone Excel

Rescue meAssalamualaikum dan salam 1Malaysia,,,

Antara faktor yang menyumbang kepada kegagalan dalam bisnes Tone Excel

1) Tiada ILMU. Nak kaya tapi secebis ilmu tak ada. Apa benda pun dia tak tahu! Otak kosong! 1 + 1 pun tak tahu jawab, macamana nak berjaya?

2) Tiada USAHA a.k.a MALAS

Nak berjaya masuk universiti, kena la usaha dengan belajar bersungguh-sungguh!. Sama la dengan bisnes, nak berjaya kena la usaha, kalau duduk diam kat rumah aje tak buat apa-apa, macamana nak dapat hasil?

3) Tiada IKHTIAR

Dah tahu diri tu bengap, upls kasarnya bahasa, hehe,,, jangan marah aaaa,,, dah tahu diri tu dah cuba berusaha belajar bersungguh-sungguh, tapi hasilnya kurang, jadi IKHTIAR la cara lain. Contohnya, dah belajar sungguh-sungguh tapi tak paham juga. Cari la guru atau kawan-kawan lain yang boleh bantu.

Sama macam bisnes juga, dah cuba usaha sungguh-sungguh buat benda yang sama, ikhtiar la cara yang lain, contohnya promosikan bisnes kita tu menggunakan Autoresponder, gunakan surat khabar sebagai medium pengiklanan,,, Banyak lagi cara yang lain boleh buat atas muka bumi. Ikhtiar je, tak tahu, kenalah tambah ilmu lagi,,,hadiri kelas, google, gali-gali ilmu,,,,

Selain itu faktor-faktor lain yang biasa menjadi punca kegagalan dalam bisnes Tone Excel.

4) Tidak menggunakan produk sebagai KEUTAMAAN.

Contohnya mudah aje, perumpamaannya, awak buka kedai makan, tapi bila tiba masa makan (sarapan, tengahari, malam), awak pergi ke kedai sebelah, makan kat sana. Tak ke pelik tu? Macamana awak nak berjaya dalam bisnes awak tu, sedangkan awak sendiri tak mengutamakan kedai makan sendiri, padahal apa yang dijual dikedai sendiri sama seperti yang dijual di kedai sebelah. Yang lebih parah lagi, anak, isteri/suami, keluarga, saudara mara awak pun makan kat kedai sebelah, bersebelahan aje dengan kedai awak.

Jadi, untuk berjaya dalam bisnes simkad Tone Excel ni, jadikan simkad ni sebagai keperluan. Simkad lain buang dalam tong sampah.

5) TAK PANDAI BERCAKAP

Konon aje ni, setahu saya, orang yang tak pandai bercakap ni, orang bisu je. Sebenarnya ini hanyalah alasan untuk mengagalkan diri sendiri. Apalah salahnya kalau kita bercakap benda yang baik. Berdosa tau kita tak kongsikan benda yang baik. Ceritakan apa yang kita tahu, sebabnya, benda yang kita tahu itu lah yang menyebabkan kita join. Kongsikan sahaja.

deaf

Tak reti la nak explain,,,, Hah, kalau tak reti explain tu mungkin sebabnya tak cukup ilmu. Malas mencari dan malas membaca. Ada perkataan MALAS kat situ, confirm la GAGAL!

Untuk permulaan, memang la agak kekok untuk kita bercerita dekat orang lain. Pernah tak dengar “Practice Makes Perfect”. Jadi praktis, praktis, praktis. Kita boleh mulakan praktis dengan adik-beradik, keluarga, saudara mara ataupun kawan-kawan. Usaha okay!

Seorang jururawat kena praktis untuk mahir dalam bidang kejururawatan contohnya nak berikan ubat secara suntikan kepada pesakit.  Kena la belajar tekniknya, dah tahu teknik kena la praktis, dah praktis kena la buat lagi dan lagi dan lagi sampai lah MAHIR.

Tapi seandainya awak dah banyak ilmu didada, ilmu tu dah setinggi Gunung Everest tapi tak reti cakap juga! Hmm,,,, Bolehlah join group orang bisu dekat Klang tu, komuniti orang bisu ni dah berjaya dapat income cecah 5 angka dengan bisnes simkad Tone Excel. Hah, berguru la dengan diorang. Tak perlu kata apa-apa, tapi boleh berjaya, so impressive!

Secara kesimpulannya, hindarilah faktor-foktor yang menyumbang kita untuk gagal dan sila buang sikap 6 M ini, yang juga merupakan penghalang untuk berjaya, kalau berjaya pun mungkin lambat la ye,,,

1) Malas ( Sila rajin)

2) Malu (Buang keMALUan, sila malu bertempat eh!)

3) Marah (Sila sabar dan memaafkan)

4) Merajuk (Sila menyorok kat hutan join monyet)

5) Manja (Sila lempang diri sendiri)

6) Menyalahkan (Sila sabar la woi! Maafkan aje!)

Awak nak berjaya ke nak gagal? Pilihan ditangan anda!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s