Buat Duit vs Urus Duit

Kata bijak pandai Jawa, “It is easier to make money than it is to keep it.”

Buat duit tidak sama dengan urus duit.

Majoriti dari kita telah belajar cara buat duit selama 12 tahun + 5 tahun lagi di kolej dan universiti. Ini dinamakan kaedah, belajar rajin-rajin sampai masuk universiti dan dapat kerja.

Sebenarnya ada banyak cara nak buat duit. Dapat ijazah dan bekerja di syarikat besar atau kerja sebagai pegawai kerajaan cuma salah satu dari pelbagai cara yang ada. Malangnya, kebanyakan kita tidak diajar kemahiran buat duit dengan cara yang lain selain dari cara mainstream ini.

Urus Duit Tidak Sama Dengan Buat Duit.

Selepas kita buat duit sama ada dengan jalan bisnes atau makan gaji, maka kita telah menjadi orang kaya sekejap sebelum menjadi miskin semula akibat mengumpul lebih beban dan hutang dari kadar kemampuan yang sepatutnya. Walaupun pendapatan bulan-bulan kita dapat mencecah RM 10,000 – RM 15,000 sekalipun tetapi jika duit keluar juga banyak itu untuk beban dan hutang maka sampai bila-bila kita tidak akan mempunyai harta.

Sekali lagi, kemahiran urus duit ini kita tidak belajar dalam tempoh 12 + 5 tahun pembelajaran formal kita. Sedangkan kita memerlukan kemahiran ini sehinggalah kita meninggal dunia kelak. Jika kita habis belajar pada umur 24 tahun, dan kita ditakdirkan hidup sehingga umur 60 tahun, maka sebenarnya kita memerlukan kemahiran urus duit selama 36 tahun.

Urus Duit Lebih Susah Dari Buat Duit.

Kebanyakan kita tidak sedar perbezaan buat duit vs urus duit. Bagi kita pendapatan besar setiap bulan menyelesaikan segala-galanya. Malangnya ia tidak berlaku begitu. Semua orang patut tahu cara yang betul untuk uruskan duit. Maka dalam hal ini hanya ada dua situasi sahaja:

1. Tak cukup duit sebab duit sedia ada dah habis bayar beban dan hutang.

2. Terlebih duit sebab duit banyak sangat dapat dan berlebih-lebih.

Kedua-dua situasi ini memerlukan ilmu dan kemahiran yang betul untuk menguruskannya. Sudah tentu caranya berbeza.  “Musuh” kewangan kita juga berbeza. Pandai buat duit tidak semestinya kita telah tahu cara urus duit. Apatah lagi kalau tidak pandai buat duit.

Saya akhiri artikel ini dengan satu persoalan.

Bank adalah antara bisnes yang paling kencang. Di KL, semua ibu pejabat bank tersergam indah. Ada bank yang memberikan bonus kepada pekerjanya yang makan tahun dan bukan sekadar bonus 1,2 bulan. Walaupun begitu, kenapa bank secara asasnya cuma ambil untung 5-7% sahaja setahun?

Sumber

Pakdi.net

Saya nak kongsikan kemahiran buat duit + kemahiran menukarkan handphone menjadi ASET (harta) di sini,,,
—-> https://hawahussin.wordpress.com/simkadte/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s