Kad Tambah Nilai Prabayar Dikenakan GST

BH Prepaid

PUTRAJAYA: Semua syarikat telekomunikasi akan mengenakan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) enam peratus bagi setiap pembelian kad tambah nilai prabayar dengan memberi tambahan penggunaan masa berbual dan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pengguna.

Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Subromaniam Tholasy berkata perkara itu dipersetujui hasil perbincangan antara pihaknya, Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bersama ketua eksekutif syarikat telekomunikasi pagi tadi.

“Syarikat telekomunikasi bersetuju sebagai contoh kad tambah nilai RM10 dijual pada harga RM10.60 dan pengguna diberi tambahan masa berbual dan SMS melebihi RM1.

“Keputusan ini dikuatkuasa serta merta untuk tempoh tiga bulan bermula hari ini dan selepas tamat tempoh ini semua pihak akan mencari satu jalan penyelesaian untuk jangka masa panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas GST di sini sebentar tadi.

Prepaid GST

Sumber:

Berita Harian Online

Lawan GST 6% dengan komisyen Tone Excel 26%

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s