5 Strategi Kaw-Kaw Dalam FB Ads Marketing

facebook-ads-1170x630.png

Baik hari ni saya nak share 5 tips kaw kaw dalam pemasaran fesbuk ads. Sebab ramai yang buat fesbuk ads tetapi hanya ‘bersedekah’ pada fesbuk tanpa sebarang HASIL..

Jom ikuti 5 tips ni supaya anda dapat hasil / result dalam fesbuk ads.

1. LIKE Marketing – Pastikan tarik LIKE dahulu. Fungsi tarik like supaya anda akan dapat membuatkan prospek anda melihat iklan anda setiap hari (guna teknik placement sidebar). Iklan anda akan ‘menghantui’ mereka & semakin lama produk/jenama anda akan diingati & timbulkan minat mereka nak membeli.

Kos iklan juga akan jadi semakin rendah bila CTR anda meningkat disebabkan anda retargetting pada mereka yang dah LIKE. Faham?

2. Copywriting – Skill ni adalah untuk anda tahu cara menulis ayat yang betul-betul dapat memukau dan memikat hati prospek/bakal pelanggan anda. Manusia ni membeli kerana EMOSI. Jadi ayat copywriting anda mestilah mengandungi elemen emosi bukan fakta/logik.  Contoh:

”Gunakan sabun kerana ia mengandungi enzim XYZ ” <<— FAKTA

“Sabun ini akan memutihkan semula baju supaya ia kelihatan baru & membuatkan penampilan anda nampak menarik ” <<—EMOSI

3. TRY & ADJUST – Buat iklan fesbuk ni bukan satu perkara yang objektif tetapi ia subjektif. Anda kena cuba untuk hasilkan beberapa iklan dan adjust sampai jumpa iklan yang betul-betul efektif. Usahawan yang berjaya adalah mereka yang akan buat sampai jadi dan berhasil.

Buat beberapa campaign dahulu & adjust sehingga anda jumpa tune yang sesuai. Never give up!

4. 1 Iklan 1 Placement – Setiap iklan yang anda buat mempunyai objektif masing-masing Anda perlu faham setiap placement iklan fesbuk pun mempunyai objektifnya tersendiri. Set 1 iklan hanya pada 1 placement sahaja.

  • Sidebar/Right Column – Untuk membina jenama/brand awareness
  • Mobile – Tarik LIKE/Sales/
  • Desktop – Sales/Database

Iklan tidak akan berfungsi dengan baik jika anda letak lebih dari 1 placement. Tu yang ramai komplen tak dapat sales. Ikuti rule ni ya!

5. Bajet Iklan – Anda perlu plan berapa bajet yang anda nak keluarkan pada bulan tu. Katalah bulan April ni anda target untuk dapatkan RM10,000 sales. Maka anda perlu ada komitmen 10% dari sales tu iaitu RM1000 untuk kos iklan.

ringgit_my_pemasaran_online

Mungkin kos yang yang akan anda gunakan lebih rendah dari 10% tapi ia hanya sebagai garis panduan dan rezab pengiklanan anda. Ramai yang GAGAL disebabkan tiada komitmen. Nak dapat sales banyak bajet sehari 3 ringgit..aduhh…

Mulakan hari ini dengan menulis matlamat yang anda nak capai & berapa komitmen yang perlu anda sediakan. Tak rugi mencuba sebab anda yang akan merasai nikmat KEJAYAAN tu nanti…InsyaAllah.

Credit to: Najib Assadok

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s