3 Mindset Menguruskan Pendapatan Sampingan

Main picApabila kita telah menjalankan aktiviti pendapatan sampingan (atau pasif), kita seharusnya bersedia dengan cara menguruskan pendapatan sampingan tersebut.

Cara-cara menguruskan pendapatan sampingan sangat bergantung kepada Mindset kita atas pendapatan sampingan itu. Adakah kita mahu ia menjadi sekadar wang poket atau lebih lagi.

Dengan sasaran tersebut, kita akan membina satu mindset menguruskan pendapatan sampingan yang seterusnya membina cara dan gerak kerja yang menjurus kepada sasaran mindset tadi.

Terdapat 3 mindset dalam menguruskan pendapatan sampingan iaitu:

1) Mindset ‘Wang Poket’

Ramai yang memulakan aktiviti pendapatan sampingan demi mencari duit poket setiap bulan. Ia sekadar memenuhi masa lapang daripada terbazir begitu sahaja.

Biasanya golongan pesara kerajaan dan juga pekerja profesional yang semakin banyak masa terluang yang mempunyai mindset sebegini.

Pada mereka, adalah lebih baik mereka buat sesuatu yang mendatangkan hasil berbanding duduk sahaja di rumah tidak berbuat apa-apa. Jika kerap melepak dengan rakan-rakan pun lama-lama jemu juga.

Mereka dengan mindset ini memang tidak bercita-cita besar dalam aktiviti pendapatan tambahan mereka. Malah, mereka mungkin jatuh jadi culas dan lalai dalam bekerja.

Gerak kerja untuk mindset ini adalah santai dan tidak stress. Maka akibatnya hasil kerja jadi tidak stabil. Kadang-kadang cepat dan berkualiti, namun lebih kerap sekadar dapat dihantar sahaja.

Mereka juga tidak berkira bab bayaran dan mudah menerima penangguhan pembayaran. Ini kerana mereka bukan bergantung hidup pada pendapatan sampingan tersebut.

2) Mindset ‘Berniaga’

Ramai juga yang memulakan aktiviti pendapatan sampingan yang bermula dengan mindset pendapatan tambahan melihat aktiviti tersebut berpotensi besar. Maka mereka menyasarkan untuk berhenti kerja makan gaji dan bekerja sendiri sepenuh masa.

Mereka menyusun gerak kerja aktiviti pendapatan sampingan dengan pandangan yang sedikit jauh, sehingga mereka mampu untuk berhenti kerja. Bermaksud sekurang-kurangnya mereka ada simpanan 6 bulan belanja bulanan dan aktiviti pendapatan sampingan mereka sudah memberi pulangan yang sama nilai dengan gaji bulanan mereka.

Ini adalah mindset ‘berniaga’, iaitu jual-beli sebagai sumber pendapatan. Secara mudahnya, mereka menukar daripada bekerja makan gaji dengan majikan kepada bekerja sendiri sepenuh masa. Setiap wang ringgit yang diterima telah dikira agar cukup untuk belanja bulanan.

Inilah perangkap mindset berniaga. Kita hanya menerima pulangan apabila kita usaha. Bekerja sendiri sama sahaja dengan bidalan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Cuma bezanya adalah mungkin sekali kais boleh makan seminggu atau lebih.

Satu kelemahan mereka yang melompat daripada pendapatan sampingan kepada berniaga adalah mereka tidak melihat lebih jauh lagi, iaitu melihat dengan mindset Membina Bisnes. Akibatnya mereka terperangkap dalam bisnes mereka sendiri.

Mereka bekerja untuk bisnes mereka, bukan bisnes mereka bekerja untuk mereka.

3) Mindset ‘Membina Bisnes’

Apa beza antara ‘berniaga’ dan juga ‘membina bisnes’? Bukankah kedua-duanya sama, memberi pulangan wang ringgit hasil transaksi jual-beli?

Ya, dari sudut transaksi, ia sama sahaja. Perbezaan paling ketara adalah mereka dengan mindset ‘membina bisnes’ menyusun gerak kerja agar pendapatan sampingan mereka mampu bergerak secara automatik tanpa keringat mereka sendiri.

Mereka lebih rela menerima pulangan yang sedikit asalkan mereka tidak perlu mengangkat tulang empat kerat sendiri menjalankan aktiviti jual-beli tersebut.

Apabila kita ada mindset membina bisnes, secara automatik kita tidak lagi fokus kepada jualan semata-mata. Kita akan nampak aktiviti pendapatan sampingan kita sebagai makmal eksperimen dalam menghasilkan mesin duit yang efisen.

Mindset ‘Membina Bisnes’ akan membuatkan kita fokus pada SOP, pengurusan risiko, dan dokumentasi yang lengkap. Persis sebuah syarikat korporat yang berdaya saing.

Kerana itulah, mereka yang daripada mula menjalankan aktiviti pendapatan sampingan dengan mindset ini lebih tenang, dan lebih cemerlang dalam membuat keputusan tentang bisnes mereka.

Antara ketiga-tiga mindset tersebut, Wang Poket, Berniaga dan Membina Bisnes, tiada satupun sebenarnya pilihan yang salah. Ketiga-tiganya betul jika kita sedar tentang akibat daripada memilih mindset tersebut.

Yang jadi salah adalah apabila kita tidak sedar dan tidak fokus pada satu-satu mindset, yang mana ia akan membawa kepada kekecewaan. Apabila kita tidak sedar kita memilih mindset yang mana satu, kita akan kerap membandingkan kecemerlangan orang lain, walhal mereka mempunyai sasaran yang berbeza akibat mindset yang berbeza.

Tetapkan satu mindset yang kita ingin fokus dalam aktiviti pendapatan sampingan kita.

Credit to: Tuan Izwan Robotys

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s