Korban Yang Pertama Dalam Sejarah Manusia

aidiladha2015_0EDIT

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia pembaca blogku yang ku kasihi sekalian 🙂

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Post saya kali  ini ialah cuba mengimbas kembali sejarah berkenaan Hari Raya Korban. Tahukah anda korban yang pertama dalam sejarah manusia?

[[KORBAN YANG PERTAMA DALAM SEJARAH MANUSIA]]

Pada setiap 10 Zulhijjah, seluruh umat Islam menyambut kedatangan hari kebesaran Islam iaitu Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban.

Pada hari itu, umat Islam mengadakan solat sunat hari raya di samping menyembelih binatang ternakan seperti unta dan lembu untuk dikorbankan.

Penyembelihan korban dilakukan setelah selesai solat Aidil Adha dan masih dapat dilakukan pada hari-hari tasyrik iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah.

Mengikut bahasa, perkataan korban bermaksud dekat. Manakala dari segi istilah ialah menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah SWT kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya.

Dalam sejarah, menurut Al-Quran dan kitab perjanjian lama, korban pertama yang dilakukan manusia adalah oleh dua orang adik-beradik, putera Nabi Adam, Qobil dan Habil.

Kerana suatu sengketa, mereka diperintahkan untuk melaksanakan korban, untuk menentukan siapa yang benar dalam persengketaan tersebut.

Kedua saudara itu lalu menyediakan korbannya. Oleh kerana Habil berkorban dengan ikhlas menjalankan perintah Allah, sedangkan Qobil berkorban dengan maksud menenangkan persengketaan tersebut maka korban Habil diterima manakala korban Qobil ditolak.

Dengan demikian, ibadat penyembelihan korban di Aidil Adha bukan sahaja sebagai tanda syukur nikmat Allah SWT yang telah melebihkan rezeki kepada kita, tetapi di dalamnya terkandung rahsia hidup bermasyarakat.

Daging korban itu dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama golongan umat Islam, juga mampu merapatkan jurang antara yang kaya dengan yang miskin.

Ibadat korban dapat mengikis sifat bakhil dan terlalu sayangkan harta.

Sumber:
http://www.ikim.gov.my/index.php/en/artikel/7820-hikmah-di-sebalik-sambutan-aidil-adha

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s