Cara Buat Pelanggan Beli Produk Yang Kita Jual

img_1021Seperti yang kita sedia tahu, ada beberapa elemen yang menyebabkan kempen marketing itu berkesan.

… Headline atau tajuk kempen marketing.
… Gambar yang berkait rapat dengan masalah pelanggan.
… Penerangan manfaat yang jelas.
… Tawaran yang membuatkan pelanggan rasa “Rugi jika aku tidak cuba.”
… Sudah letak testimonial iaitu kata-kata positif daripada orang yang pernah guna produk kita sebelum ini.
Kesemua elemen di atas penting. Ia memberi rangsangan kepada pelanggan untuk percaya dan yakin, bahawa produk yang kita jual dapat membantu diri mereka.
1 Lagi “M.E” (Missing Element)
Ada pepatah,
“Jika kita tidak suruh pelanggan buat sesuatu. Mereka tidak akan berbuat sesuatu.”

… Dan ada pepatah lain,
“Pelanggan ini mahu tangannya dipimpin. Disuap perlahan-perlahan sehingga mereka kenyang dan puas hati.”

Apakah elemen yang menyebabkan dua pepatah ini menjadi realiti?


Arahan (Ask for Action)

Jika kita tidak memberikan sebarang arahan untuk pelanggan bertindak, mereka tidak akan bertindak. Jika kita letak terlalu banyak arahan, pelanggan juga akan rasa “beban” untuk mengikut arahan.

Justeru itu, ini elemen kritikal untuk buat pelanggan beli produk yang kita jual.
(Boleh digunakan di Facebook, blog, akhbar dan semua jenis medium).
1 Arahan yang jelas dan mudah
1 arahan sahaja. Arahan itu jelas. Arahan itu mudah untuk pelanggan faham.

Sebagai contoh, kita mahu pelanggan isi order form online.

Kita cuma mahu maklumat: Nama, nombor telefon dan alamat penghantaran sahaja.

Kita gunakan bahasa yang pelanggan gunakan (Cth: “Tulis nama anda”, bukan “Sila lengkapkan butiran peribadi.”

Sebelum menulis arahan untuk bertindak, penting untuk kita pastikan 5 elemen sebelum ini sudah sedia terhidang kepada pelanggan.
5 Elemen lain, sebelum dorong pelanggan beli produk kita
5 Elemen itu:

  1. Tajuk.
  2. Gambar yang berkait rapat dengan pelanggan.
  3. Penerangan manfaat produk yang jelas.
  4. Tawaran yang mengiurkan.
  5. Kata-kata positif daripada pelanggan lain.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s