13 Perkara Untuk Berjaya Dalam Perniagaan

surge-in-business

1) Tahu apa matlamat dengan jelas, mana halatuju yang nak pergi. Perlu ada matlamat utuk dunia dan akhirat. Perlu tahu bagaimana nak capai matlamat anda.

2) Nak berjaya dalam berniaga, cari orang yang dah berjaya, lepas tu kena tahu apa dia tahu, dan buat apa yg dia buat.

3) Bila jumpa seorang mentor, sedut ilmu dia sampai habis. Dah habis, baru belajar dengan orang lain. Baru faham dengan jelas apa ilmunya.

4) Nak tingkatkan kehidupan perlu ubah dengan siapa yang berdampingan dengan anda. Kadang-kadang tanpa kita sedar, kita dikelilingi oleh orang yang sebenarnya tak mahu kita berjaya supaya kita dan dia sentiasa sama.

5) Tidak akan berlaku sesuatu pun tanpa izin Allah SWT, dan setiap yang berlaku tentu ada hikmah di sebaliknya. Jadi bersedia untuk bertindak sebaiknya.

6) Bila buat bisnes, kita takkan mampu nak jual produk kita kepada semua orang. Fokus kepada orang yang nak kita bantu sahaja.

7) Kalau jual produk kesihatan, fokus kepada 1 masalah atau penyakit sahaja. Pakar perubatan terkenal pun tak ada yang jual ubat yang boleh fokus kepada semua penyakit.

8) Bila berniaga, kakitangan juga merupakan asset terbaik kita. Cari kakitangan yang ada sikap yang bagus dan latih mereka dari awal. Jangan biarkan mereka bantu anda berniaga tanpa latihan.

9) Zaman sekarang teknologi sangat penting dan pantas. Adalah rugi dan pelik kalau anda tak gunakan teknologi untuk kebaikan. Gunakanlah teknologi untuk bina perniagaan yang lebih besar dan lebih Berjaya.

10) Senaraikan perkara yang anda tidak gembira dan perlu dibaiki dalam perniagaan dan diri anda. Ini kerana Allah tak akan merubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu merubahnya sendiri.

11) Kita hendaklah komited untuk membaiki dan mengubah perkara-perkara yang membuatkan kita tak gembira. Kita perlu buat perkara yang tidak pernah kita buat untuk dapat perkara yang tak pernah dapat.

12) Mencari sumber atau model untuk berjaya. Untuk mengubah, tak semestinya menggunakan duit tetapi yang penting adalah ILMU atau pengetahuan.

13) Mesti berani bertindak tapi berani tanpa ilmu, hasil yang diperolehi tak banyak. Manakala, berani dengan berilmu dan ada mentor, keputusannya adalah lebih baik.

Sumber: Page Dr. Azizan Osman

Advertisements

One thought on “13 Perkara Untuk Berjaya Dalam Perniagaan

  1. Assalam ….. Maaf ya dulu , sy tak tahu nak panggil Cik ke atau Puan Hawa , jadinya mcm ini apabila sy buka website untuk menjadi ejen pemasang unifi di T.M . Sy ada Membaca website bhg awak yg mana mahu berkongsi kan kerjaya pemasangan Unifi di T.M .

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s