Tips Nak Mula Berniaga Secara Serius

time-to-start

Entry kali ini diambil daripada page Doktor Azizan Osman. Ini adalah tips dan nasihat yang sama daripada leader-leader yang telah berjaya. Nak mula berniaga mudah sahaja! Ikuti tips ni ya!

  1. Mulakan dengan apa yang ada di tangan

Jangan labur modal besar sebab kita takda ilmu bisnes, tak kenal lagi pasaran, tak tahu lagi nak pasarkan macam mana. Apa kata start dulu dengan jadi dropship atau agen produk orang lain. Rasa dulu susah senang berniaga. Cari ilmu berniaga dan ilmu pemasaran dan bagi target berapa jualan nak capai. Contoh, target jual 50 botol untuk bulan pertama, 75 botol bulan kedua dan seterusnya.

  1. Jangan nak sewa kedai dulu

Cuba dulu berniaga dari rumah atau premis yang tak perlukan bayar sewa dan bil yang tinggi. Kita baru nak berniaga, tak tahu lagi tentang komitmen dan segala. Test sikit-sikit dulu. Rasa dulu duit bisnes dan baru rancang untuk buka kedai.

  1. Fokus sangat nak menjual je

Kat mana-mana kita pergi, kita asyik fikir nak menjual je. Penuh bonet kereta dengan produk jualan. Asal jumpa kawan, kita punya aim nak jual. Sampaikan bila kawan jumpa kita pun, mereka lari. Ada perasan tak? Kalau asyik nak menjual, lama kelamaan orang akan bosan. Cuba perbanyakkan kongsi kebaikan produk yang kita ada tu, macam mana produk tu boleh bantu selesaikan masalah pengguna.

  1. Tak kutip database

Bila ada orang tanya pasal perniagaan kita, tak kira lah kat mana-mana, jangan tak ambik pula details nama, alamat emel dan nombor telefonnya. Walaupun dia tak beli! Ambik je. Mana tau esok lusa dia akan beli. Ni tak, bila orang tak beli ..menyampah! Tak salah pun nak minta nama dan sekurang-kurangnya nombor telefon. Rekodkannya baik-baik dalam format Excel.

  1. Tak tahu nak promosi

Nak berniaga ni, kena tahu teknik promosi. Promosi bukan setakat terjerit-jerit. Banyak lagi cara pemasaran yang perlu belajar. Ramai orang tak tahu nak buat pemasaran, malu pun ada. Eh! Malulah. Tu yang akibatnya semua produk pakai sendiri. Tengok cara peniaga lain promosi barang dan buat pemasaran. Lepas tu, pergi belajar. Baru lah bisnes meletup!

  1. Marah kat pesaing

Adat lah bila berniaga ada pesaing. Tengok sahaja instant shawl dua muka! Berapa banyak orang yang menjualnya kat pasaran. Janganlah marah…Belajar dari pesaing dan cuba perbaiki perniagaan kita.

  1. Duit bisnes tak tau pergi mana

Bila berniaga, jangan cepat sangat rasa riang gembira bila buat sales. Kena fikir jugak, duit jualan yang kita dapat tu perlu kita gunakan untuk cover kos dan juga untuk beli stok nak kembangkan pasaran. Sabar sikit ye..Mulakan dengan asingkan duit bisnes. Jangan suka-suka nak guna duit tu beli lipstick, ikan, sayur, kasut dan segala benda.

Sumber: Page Azizan Osman

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s