Macamana Saya Nak Beli Rumah?

ready-to-buy-a-homeGaji Saya Rm950, Ada 3 Anak, Dan Isteri Tak Bekerja. Macammana Saya Nak Beli Rumah?

Sebuah perkongsian oleh pakar hartanah Tuan Faizul Ridzuan,,,

11 Januari 2017

Salam semua, tengahari tadi sewaktu saya ditemuramah oleh rancangan TV3 Wanita Hari Ini, ada yang bertanya soalan diatas. Saya dengar pun rasa sedih sebab berdasarkan soalan si penanya, saya tahu mustahil beliau mampu beli rumah hari ini. Selagi income beliau tak bertambah, mustahil beliau mampu ubah nasib beliau dan beli rumah sendiri.

Jadi saya nak kongsikan pandangan saya kepada golongan yang berpandapatan rendah. Yang pertama sekali, kalau gaji kita bawah RM2000, saya cadangkan tengok kerja lain atau ikhtiar tambah pendapatan melalui pekerjaan part time. Sebab macammana nak sembang pun atau setinggi mana ilmu yang kita, RM950 memang takkan cukup untuk tampung 5 mulut. Kalau gaji kita rendah, mungkin tempat yang kita kerja tu memang bukan tempat yang kita patut cari rezeki jangka masa panjang.

Antara contoh contoh kerja part time atau full time yang kita boleh buat untuk tambah pendapatan melebihi RM3k sebulan :

  1. Jadi REN atau real estate negotiator. Komisyen biasanya 70% ari sebulan sewa atau 1% dari hasil jualan. Jual rumah RM500k sekali sebulan, dan boleh dapat RM5k. Buat sewa Rm1500 2 kali sebulan dan boleh dapat RM2000 extra. Boleh buat part tiem atau full time.
  2. Jual insurans atau unit trust – Kena lulus exam ringkas dan pendapatan biasanya boleh tahan, terutamanya insuran. Jual sekali je polisi insurans an kita akan dibayar komisyen 3-5 tahun. Jual satu polisi RM500 sebulan, boleh dapat komisyen maksimum RM2000-RM3000.
  3. Bawak Uber atau Grab Taxi – Yang mana dah ada kereta, boleh buat ni. Buat part time boleh dapat RM1000-Rm2000 sebulan, yang full time boleh dapat RM3000-RM5000 sebulan. Takde modal beli kereta boleh minta incentive beli Iriz yang diberikan under Budget 2017 yang mana anda diberi rebate RM4000, jadi almost tanpa modal.
  4. Buat biznes online kecil kecilan – Dengan bermodalkan RM500-RM1000, boleh buat modal untuk beli barang dan jual online di FB atau Instagram. Belaja ilmu asas nak pasarkan barang kita di social media. Ada yang berumur 26 tahun boleh buat RM5000-RM15000 sebulan jual barang orang lain je. Bukan semua modal kena besar. Suri rumah pun boleh dan ramai yang buat. Boleh fokus jaga keluarga dan tambah poendapatan untuk perbaiki nilai kehidupan.
  5. Buat bisness offline kecil kecilan – Orang jual goreng pisang boleh buat RM3000-RM5000 sebulan berniaga 5-6 jam sehari. Kalau kreatif sikit lainkan produk kita ( pisang goreng cheese sebagai contoh, boleh jual dari Rm0.40 seketul ke RM1.20 seketul). Adik saudara saya jual nasi kukus di Perak boleh dapat sales RM30k sebulan dan keuntungan RM10k waktu umur beliau 21 tahun. Awek dari Nasi lemak anak dara, boleh buat lebih RM10k keuntungan sebulan. ( Boleh cuba buat nasi lemak abam sao, atau mommy janda, atau anak 50% teruna ). Buat dan jual benda yang kita ramai orang nak makan dan boleh makan hari hari.

Kalau situasi kita hari ini kurang elok, ikhtiar untuk ubah. Kita ni bukan pokok yang tak boleh nak bergerak. Kalau tak berani, buat part time dulu, bila dah konfem boleh buat 50% dari income kita dari benda diatas dengan konsisten, boleh berhenti dan buat full time. Apa yang pasti, hidup kita memang takkan berubah selagi kita tak iktiar untuk tambah pendapatan.

Ada lagi yang takut? Nak takut apa, income kita dah cukup rendah dan kita have nothing to loose, kan? Belajar ilmu asas, dan buat je dulu. You have nothing too loose from trying.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s