Apakah Tujuan Melabur dalam Unit Trust?

unit-trust

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Entry kali ini saya akan kongsikan berkenaan objektif atau tujuan kita melabur dalam unit trust (UT) atau unit amanah memandangkan masih ramai lagi yang tak berapa jelas mengenai UT ni.

Ye lah kan, ramai orang kata melabur dalam UT ni bagus,  apa yang bagusnya??? Bagus,,, sebab UT merupakan platform untuk kita membuat simpanan dan bekalan untuk masa akan datang, terutama yang berniat menyimpan untuk jangka masa panjang. Cumanya lagi bagus kalau kita dah set objektif atau tujuan kita melabur dalam UT ni.

Okay, secara umumnya pelaburan UT ada 3 objektif:

  1. Bina dana persaraan (samada melabur guna duit EPF atau CASH)
  2. Bina dana pendidikan
  3. Bina dana haji

DANA PERSARAAN.

Objektif:

Supaya kita tak perlu terus kerja selepas umur 55 atau umur persaraan yang dipilih.

Manfaat: Ada income bulanan untuk hidup tanpa kerja sehingga kita meninggalkan dunia ini

Bagaimana nak bina?

Buat simpanan bulanan.

Contoh: RM710 sebulan selama 30 tahun dan dapat kumpul RM1juta pada 55thn. Jumlah simpanan hanya RM255,600 tapi pulangan jadi RM1juta. Kemudian RM1juta dapat hasilkan wang pencen RM7,000 sebulan. Nampak mcm RM7k banyak. Tapi 30 thn akan datang sedikit sebenarnya.

DANA PENDIDIKAN

 

Objektif:

Kumpulkan wang untuk pendidikan anak-anak kita.

 

Manfaat: Tak perlu risau masa anak dah capai umur 18 tahun. Boleh guna duit yg dikumpul. Mungkin RM100k atau RM 60k ikut keperluan

Bagaimana nak bina?

Simpan RM177 sebulan utk 15 tahun dapat jana RM60k

 

DANA HAJI

 

Objektif: Pergi haji dengan pakej supaya dapat cepat sikit. Syarat dah daftar haji di Tabung Haji. Sasaran RM30,000

Manfaat: InsyaAllah boleh awalkan sikit tempoh menunggu.

Bagaimana nak bina:

Simpan RM166 sebulan selama 10 tahun. Dapat jana RM30,000.

Secara keseluruhannya.

Proses penyimpanan dalam unit trust ini mendisiplinkan kita untuk menabung dan membantu mencapai matlamat kewangan seperti persaraan, pendidikan dan haji. Ia juga dapat melawan kadar inflasi yang menyebabkan nilai wang turun.

Sekian perkongsian kali ini, semoga ianya bermanfaat J.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s