Belajar Mengira Debt Service Ratio (DSR)

loan application.jpg

Belajar Mengira DSR Dan Anda Telah Mulakan Langkah Pertama Untuk Membeli Rumah

Apa itu Debt Service Ratio (DSR)

Debt Service Ratio (DSR) bermaksud nisbah hutang atau komitmen kewangan terhadap pendapatan kita. Dengan bahasa mudah, ianya bermaksud jumlah pendapatan seseorang digunakan untuk membayar ansuran pinjaman. “Semakin tinggi nilai DSR kita, bermakna sebahagian besar pendapatan kita adalah digunakan untuk membiayai hutang, dan ini menandakan kita akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan pinjaman baru.”

Debt Service Ratio (DSR) terbahagi kepada 2 iaitu:

  1. Komitmen Pendapatan
  2. Maklumat berkaitan jumlah komitmen boleh diperolehi daripada CCRIS

Contoh: Pinjaman kereta, peribadi, kad kredit, PTPTN

Pendapatan ada pelbagai jenis:

  • Actual income –pendapatan tetap bulanan (gaji bersih)
  • Side income – Contonhya komisyen sebagai ejen insuran
  • Business income – Pendapatan dariapda perniagaan milikan tunggal atau perkongsian
  • Potfolio income – Pendapatan dividen seperti unit trust, ASB

Mari kita rujuk kes dan pengiraan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

Contoh kes:

Aishah bercadang untuk membeli sebuah rumah yang berharga RM330,000. Anggaran instalment bulanan rumah adalah sebanyak RM1300.

Jom kita kira DSR Aishah:

Pendapatan bersih = RM3700 sebulan

Pinjaman kereta = RM600 sebulan

Pinjaman peribadi = RM300 sebulan

Pinjaman PTPTN = RM150 sebulan

Formula DSR

dsr-formula

63.5% adalah kurang daripada 70%, jadi Aishah layak menerima pinjaman baru dengan

bayaran bulan sebanyak RM1300.

DSR hanyalah satu panduan sahaja, dan bukan jaminan yang kita akan berjaya mendapat kelulusan dari bank. Walaubagaimanapun kita harus semak dengan bank untuk mendapatkan penerangan lanjut.

Dengan memahami cara untuk mengira DSR, kita boleh merancang untuk membeli rumah. Kalau tak tahu kira DSR, kita takkan tahu sama ada kita mampu atau tidak untuk beli rumah dan berapa harga rumah yang mampu kita beli.

Bila orang tanya “Awak dah beli rumah ke?” biasanya kita mesti akan jawab “Harga rumah mahal kot, mana mampu nak beli lagi.”

Adakah nak tunggu gaji kita dah besar baru kita akan berfikir tentang membeli rumah? Adakah kita yakin ketika gaji kita dah besar, harga rumah pula akan menurun? Yang pasti nilai hartanah sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.

Bagi fresh graduate yang baru kerja dan berniat untuk beli rumah, boleh mula cari rumah yang mampu dibeli mengikut kepada pendapatan anda.

Gaji RM2000 Pun Boleh Beli Rumah

Sebagai contoh, tahun pertama anda bekerja hanya dapat gaji RM2000, sudah mampu beli rumah berharga sekitar RM100,000.

Dengan gaji RM2000 tu dah layak sebenarnya nak memohon pinjaman untuk beli rumah.

Sekiranya kita bujang dan tinggal sendiri, bolehlah sewakan bilik kepada orang lain.

Hasil sewa itu boleh kita gunakan untuk tampung bayaran bulanan, dan sebagai tuan rumah kita tinggal secara percuma kerana ada orang tolong bayarkan instalment rumah tersebut.

Rugi kalau lambat beli rumah. Jangan tunggu lagi, bertindaklah sekarang. Mula dengan mengira DSR anda.

Sumber: Page Faizul Ridzuan

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s