Kepentingan Emas Dalam Kewangan

gold

Emas boleh dikelaskan sebagai simpanan, ia bukanlah pelaburan dalam erti kata sebenar. Ia tidak membuatkan kekayaan kita berkembang. Fungsi utamanya melindungi kekayaan kita daripada hilang disebabkan ketidaktentuan ekonomi, politik dan juga gangguan emosi.

Dalam merancang kewangan, ada duit yang perlu disimpan, dan ada bahagian yang perlu dilaburkan supaya berkembang nilainya. Bukan semua duit perlu dilaburkan. Walaupun nampak lebih bijak kalau semua duit lebihan digunakan untuk “PELABURAN” tetapi kita juga berhadapan risiko PELEBURAN!

Tujuan utama saya simpan emas untuk selamatkan nilainya. Biar tidak berkembang pun tak apa simpanan itu, yang penting, kuasa belinya tidak hilang sebagaimana duit kertas. Untuk kembangkan nilai, saya gunakan duit lain yang dikhaskan untuk pelaburan lain. Sebelum kita bercakap kembangkan nilai, bukankah lebih bijak jika kita adakan bahagian yang boleh SELAMATKAN nilainya dahulu?

Saya berpegang kepada nasihat pakar kewangan Tuan Azizi Ali, 5% – 10% kekayaan kita perlu disimpan dalam bentuk emas pada setiap masa. Kalau kekayaan kita RM100,000, maksudnya RM10,000 perlu disimpan dalam bentuk emas. Duit selebihnya, laburlah ditempat lain yang kita mempunyai ilmu tentangnya untuk tujuan KEMBANGKAN kekayaan itu.

Menyimpan emas mungkin tidak membuatkan kita kaya raya, tetapi yang pastinya, emas melindungi kita dari jatuh miskin!

Simpanlah emas demi menjamin masa depan keluarga anda.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s