Apa yang perlu aku perlu buat kalau kereta aku kena langgar?

car-accident

Soalan ini selalu berlegar-legar di fikiran saya. Contoh, kalau ada orang langgar bontot kereta saya secara tak sengaja. Apa benda paling betul yang saya perlu buat?

 

Tengahari tadi saya dan kawan saya terpaksa pergi ke Ibu Pejabat Polis Shah Alam. Kitorang ke sana sebab ingin membuat laporan tentang kes penipuan. Semasa rakan sekerja saya buat laporan, saya ternampak seorang polis trafik di situ. Tanpa berlengah saya terus menyapa tuan polis trafik itu.

 

“Encik, saya nak tanya sikit lah… kalau orang langgar kereta saya, apa benda paling betul yang saya perlu buat?” Tanya saya

 

“Oh, senang je. Kalau awak kena langgar. Awak ada 2 pilihan. Sama ada awak setel luar (mintak orang yang langgar tu bayar) atau buat laporan polis. Kalau awak nak buat laporan polis, awak kena buat report tu dalam masa 24 jam lepas accident. Cuma awak kena ingat 1 benda, bila awak dah buat laporan polis. Awak dah tak boleh setel luar. Kena tunggu keputusan daripada sarjan.”

 

“Oh ok. IC & lesen orang yang langgar saya tu saya kena ambik ke?” tanya saya. “IC & lesen tu tak diperlukan pun (nota: sebenarnya anda tidak ada kuasa untuk minta IC atau lesen orang). Awak just tangkap gambar plate kereta orang tu je. Pergi ke balai dan buat report polis”

 

Lega hati saya bila dengar macam ni. Yela, kadang-kadang yang langgar kita ni tengok muka macam gengster. Kalau kita nak minta IC takut kena pukul pulak.

 

“Macam mana pulak bila kita suruh orang yang langgar tu bayar tapi dia cakap dia tak ada duit time tu? Apa yang saya perlu buat? Nak kena ambik IC dia ke?” Ujar saya.

 

“Kalau orang tu dah setuju nak bayar. Awak kena suruh dia buat pembayaran dalam masa 23 jam. Kenapa 23 jam? Kalau dia tak buat pembayaran. Awak ada masa 1 jam lagi untuk buat report polis. Macam yang saya cakap tadi, awak kena buat laporan within 24 jam. Kalau lebih ia jadi tak valid”

.

“Oh macam tu… saya ingat saya kena ambik IC & lesen dia semua. Nak nombor plate je rupanya. Hm, macam mana kalau saya dah buat report polis. Orang yang langgar tu tak buat. Dia pun bukan bawak kereta dia?” Tanya saya.

 

“Kalau jadi macam tu, owner kereta tu yang kena setel lah. Itu sebabnya tanggungjawab owner kereta ni besar. Bila nak bagi pinjam kereta, jangan bagi dekat sebarang orang. Sebab kalau jadi apa-apa. Owner kereta yang perlu bertanggungjawab.”

 

“I see… macam mana kalau saya dah buat report. Orang yang langgar tu pun setuju nak buat report sekali. Kejap lagi dia tipu & tak buat report? Siapa akan tanggung kerosakan kereta saya?” Tanya saya.

 

“Jangan risau, bila awak dah buat report dan orang tu tak buat report juga. Kami akan keluarkan 1 surat untuk suruh dia hadir ke balai polis. Kalau dia gagal hadirkan diri, kami akan blacklist nama dia dalam polis trafik & JPJ. Cuma ia akan makan masa sikit lah. Tapi kalau awak betul-betul terbukti tak bersalah lepas siasatan, pihak insuran akan cover”

 

“Oh macam tu rupanya. Terima kasih tuan! Saya dah faham”. Terasa lega yang amat sangat selepas mendapat huraian daripada polis trafik sendiri.

 

So secara ringkasnya, jika anda terlibat dalam kemalangan. Benda pertama anda perlu buat ialah untuk dapatkan nombor plate kenderaan tu. Anda boleh tulis atau snap gambar. Anda tak payah mintak IC atau lesen orang yang langgar tu.

 

Kemudian, anda boleh buat 2 benda iaitu:

 

1. Setel luar – suruh orang tu untuk bayar anda.

2. Buat laporan polis – kena buat dalam masa 24 jam selepas kemalangan tu berlaku

 

Nota:

 

Kalau anda nak suruh orang yang langgar tu bayar, pastikan dia bayar dalam masa 23 jam. Kalau tak ada pembayaran dibuat. Anda wajib buat laporan polis. Laporan anda jadi tak valid kalau lebih dari 24 jam.

 

Bila dah buat laporan polis, anda dah tak payah berurusan dengan orang yang langgar tu lagi. Sarjan akan jadi orang tengah. Dia akan buat siasatan semua. (so anda tak perlu risau kalau yang langgar anda tu gengster)

 

Dan anda perlu akur dengan keputusan sarjan. Mungkin sebenarnya anda tak bersalah. Tapi undang-undang mengatakan sebaliknya. So anda kena redha je lah. 

 

Saya harap anda semua dapat manfaat daripada perkongsian ni. Dah lama saya fikir jawapan untuk benda ni dan sekarang saya dapat jawapan straight daripada mulut polis trafik.

 

Share post ni, tag keluarga & kawan-kawan anda sekali. Supaya mereka tahu apa benda yang perlu mereka buat. Tak payah nak gaduh-gaduh. Kita ikut saluran yang betul.

 

Terima kasih!

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s