Apakah Jutawan Apps?

Jutawan App13

Assalamualaikum, salam negaraku Malaysia.

Entry kali ini saya akan memberi pendedahan berkenaan sebuah aplikasi Android iaitu Jutawan Apps.

Aplikasi Jutawan Apps ini umpama Facebook, ianya boleh digunakan sebagai alat untuk mempromosikan

1) Aplikasi ini sendiri

2) Bisnes-bisnes yang lain. Continue reading

Advertisements

Kepentingan Emas Dalam Kewangan

gold

Emas boleh dikelaskan sebagai simpanan, ia bukanlah pelaburan dalam erti kata sebenar. Ia tidak membuatkan kekayaan kita berkembang. Fungsi utamanya melindungi kekayaan kita daripada hilang disebabkan ketidaktentuan ekonomi, politik dan juga gangguan emosi.

Dalam merancang kewangan, ada duit yang perlu disimpan, dan ada bahagian yang perlu dilaburkan supaya berkembang nilainya. Bukan semua duit perlu dilaburkan. Walaupun nampak lebih bijak kalau semua duit lebihan digunakan untuk “PELABURAN” tetapi kita juga berhadapan risiko PELEBURAN!

Tujuan utama saya simpan emas untuk selamatkan nilainya. Biar tidak berkembang pun tak apa simpanan itu, yang penting, kuasa belinya tidak hilang sebagaimana duit kertas. Untuk kembangkan nilai, saya gunakan duit lain yang dikhaskan untuk pelaburan lain. Sebelum kita bercakap kembangkan nilai, bukankah lebih bijak jika kita adakan bahagian yang boleh SELAMATKAN nilainya dahulu?

Saya berpegang kepada nasihat pakar kewangan Tuan Azizi Ali, 5% – 10% kekayaan kita perlu disimpan dalam bentuk emas pada setiap masa. Kalau kekayaan kita RM100,000, maksudnya RM10,000 perlu disimpan dalam bentuk emas. Duit selebihnya, laburlah ditempat lain yang kita mempunyai ilmu tentangnya untuk tujuan KEMBANGKAN kekayaan itu.

Menyimpan emas mungkin tidak membuatkan kita kaya raya, tetapi yang pastinya, emas melindungi kita dari jatuh miskin!

Simpanlah emas demi menjamin masa depan keluarga anda.

 

Apakah Tujuan Melabur dalam Unit Trust?

unit-trust

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Entry kali ini saya akan kongsikan berkenaan objektif atau tujuan kita melabur dalam unit trust (UT) atau unit amanah memandangkan masih ramai lagi yang tak berapa jelas mengenai UT ni.

Ye lah kan, ramai orang kata melabur dalam UT ni bagus,  apa yang bagusnya??? Bagus,,, sebab UT merupakan platform untuk kita membuat simpanan dan bekalan untuk masa akan datang, terutama yang berniat menyimpan untuk jangka masa panjang. Cumanya lagi bagus kalau kita dah set objektif atau tujuan kita melabur dalam UT ni. Continue reading

4 Tips Naikkan Sales Guna Fbads

fb-ads-secrets

Bagaimana Nak Tingkatkan Sales Setiap Hari Menggunakan Fbads Dengan Kos Yang Rendah?

  1. Letak Budget RM10 Sehari

Kenapa? Sebab kalau letak daily budget tinggi-tinggi, selalunya FB akan makan duit anda dengan sesuka hati. Ikut bajet yg ada. Minimum budget iklan RM3 je sehari pon boleh. Kalau kita pandai setting iklan, dengan RM3 tu pon dah membantu sangat dengan menarik 800 target prospek nampak iklan kita. Wow! Continue reading

Tips Nak Mula Berniaga Secara Serius

time-to-start

Entry kali ini diambil daripada page Doktor Azizan Osman. Ini adalah tips dan nasihat yang sama daripada leader-leader yang telah berjaya. Nak mula berniaga mudah sahaja! Ikuti tips ni ya!

  1. Mulakan dengan apa yang ada di tangan

Jangan labur modal besar sebab kita takda ilmu bisnes, tak kenal lagi pasaran, tak tahu lagi nak pasarkan macam mana. Apa kata start dulu dengan jadi dropship atau agen produk orang lain. Rasa dulu susah senang berniaga. Cari ilmu berniaga dan ilmu pemasaran dan bagi target berapa jualan nak capai. Contoh, target jual 50 botol untuk bulan pertama, 75 botol bulan kedua dan seterusnya. Continue reading

Seawal Usia Muda Binalah Kekayaan Bukan Hutang!

handphone

Ramai orang yang mengelak untuk mulakan bisnes Tone Excel yang bermodalkan RM100, tetapi tidak segan untuk meminjam sehinggakan ada yang muflis kerana menanggung hutang yang berlebihan.

Yang pastinya beban hutang ini tidak tercipta dengan sendirinya, tetapi dibina menerusi perbelanjaan melebihi kemampuan dan juga penggunaan kad kredit yang berlebihan. Continue reading