Berniagalah Sekalipun Anda Telah Kaya

Banyak orang “share” kata-kata Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna (Pengasas Ikwanul Muslimin Mesir) ni dalam facebook. “Berniagalah sekalipun anda telah kaya”. Tapi saya rasa ramai orang tak faham disebalik pesanan  tersebut.

Pesanan tersebut sebenarnya untuk anggota usrah Ikhwanul Muslimin Mesir, dan seluruh usrah gerakan Islam yang berusaha mengembalikan khilafah Islam Uthmaniyyah yang jatuh pada tahun 1923. Di zaman khilafah Islam dulu, semua wilayah Islam bernaung di bawah seorang khalifah, menggantikan kepimpinan Rasulullah s.a.w yang telah pergi 1400 tahun yang lalu.

Kenapa Hassan Al-Banna Suruh Berniaga?

Setelah kejatuhan khilafah, umat Islam seperti anak ayam kehilangan ibu. Umat Islam yang pernah menguasai dunia suatu ketika dulu makin terancam. Umat Islam hidup dalam ruang lingkup kaum, bangsa dan negara yang sempit yang diperkenalkan oleh penjajah barat. Dasar “pecah dan perintah”. Ia bukan lagi atas persaudaraan Islam sebagaimana zaman khilafah. Masing-masing membawa slogan bangsa, dan negara masing-masing, bukan lagi slogan “setiap muslim itu bersaudara”. Lepas itulah berlakunya rampasan tanah ummat Islam secara besar-besaran oleh Zionis Yahudi di Palestin. Negara-negara Arab masing-masing tak peduli sebab “itu Palestin, bukan negara aku”.

Untuk menyelamatkan ummah, khilafah Islam perlu dikembalikan. Asy-Syahid Hassan Al-Banna membina kelompok muslim untuk kembalikan agama ke tempat sepatutnya melalui usrah-usrah sebagaimana usrah Nabi s.a.w. di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam. Usrah itu di namakan “Ikhwanul Muslimin”. Dan antara pesanan Asy-syahid yang dibukukan dalam Risalah Ta’lim untuk anggota Ikhwan ialah “berniagalah sekalipun anda telah kaya”.

Lebih Bebas Mencorakkan Kehidupan Sendiri

Jadi, kenapa perlu berniaga sekalipun telah kaya? Tujuannya supaya mereka tak bergantung harap dengan sesiapa tentang soal rezeki, terutamanya daripada kerajaan yang memisahkan hukum agama dengan urusan pemerintahan – sekular. Mereka boleh terus berjuang apa yang benar itu benar, tanpa takut ancaman kerajaan ataupun majikan. Pokoknya, mereka tak boleh dikongkong. Hidup mereka lebih merdeka!

peniaga yang bebas

Orang bisnes lebih “bebas” dari kongkongan hidup sebagaimana orang biasa. Mereka bebas tentukan berapa banyak pendapatan mereka tanpa perlu menagih kenaikan gaji atau bonus hujung tahun. Mereka boleh bercuti pada bila-bila masa yang mereka perlu. Mereka boleh pilih berniaga di mana sahaja yang mereka suka. Mereka boleh mengatur hidup sendiri untuk seimbangkan antara usaha cari duit dan kebajikan keluarga serta tanggungjawab sosial. Mereka bebas menyusun hidup mereka sendiri.

Apa Yang Normal Bagi Pekerja, Abnormal Bagi Peniaga

Sometimes, kita tak rasa hidup kita ni agak “terkongkong” sebab kita rasa orang lain pun sama macam kita. Jadi, ianya adalah normal:

  • Hidup penuh dengan loan itu normal sedangkan orang bisnes perlu lebih teliti tentang kewangan, dan minimumkan liabiliti.
  • Hidup tanpa duit simpanan yang cukup itu normal sebab hari esok dirasakan dah terjamin, sedangkan orang bisnes sentiasa memperbanyakkan simpanan sebab hari esok rezekinya belum tentu.
  • Kenaikan pendapatan 5% – 10% setahun itu normal sedangkan bagi orang bisnes, kenaikan 100% – 200% setahun barulah dikira normal.
  • Cuti yang pendek dan terhad itu normal sedangkan orang bisnes boleh pilih tentukan sendiri bila masa dia nak cuti tanpa kebenaran pihak ketiga.
  • Setiap pagi kedua-dua suami isteri hantar anak-anak yang masih mengantuk ke nuseri untuk pergi kerja, balik kerja waktu maghrib baru kutip anak-anak balik rumah, masa anak dah layu untuk tidur malam itu dirasakan normal. Sedangkan orang bisnes, dia boleh sesuaikan waktu bisnes mengikut waktu keluarga, bukan sebaliknya.

Itulah apa yang saya nampak kelebihan orang yang dah ada bisnes sendiri. Dan mungkin sebab itulah orang yang pernah berniaga sendiri jarang sekali sanggup balik kerja makan gaji. Walaupun kerja memang bagus, tapi pada bisnes tu ada lebih fleksibiliti dan KEBEBASAN dalam hidup…

Wallahu a’lam.

“Wahai Saudara yang jujur… Keyakinan anda dengan bai’ah ini telah mewajibkan anda supaya menunaikan segala tanggungjawab berikut agar anda menjadi seketul bata yang kukuh dalam pembinaan ini… Nasihat #15 – Anda hendaklah menjalankan kerja-kerja ekonomi walaupun anda seorang yang kaya. Anda hendaklah berusaha untuk bekerja sendiri walaupun secara kecil-kecilan. Anda hendaklah tumpukan usaha anda dalam kerja tersebut walau setinggi mana sekalipun pencapaian akademik anda. Nasihat #16 – Elaklah jawatan dalam kerajaan dan anda hendaklah menjadikan jawatan dalam kerajaan ini sebagai pintu rezeki yang terakhir. Walau bagaimanapun janganlah anda menolak jika anda diberi peluang dan janganlah anda melepaskan jawatan tersebut kecuali jika jawatan tersebut bertentangan sama sekali dengan kewajipan dakwah anda.”  – Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s